No menu items!
More

    #MaluApaBossku – Najib: Kalau saya perompak, kenapa tunai Petronas RM174b?

    Bekas perdana menteri Najib Razak memaklumkan jumlah rizab tunai Petronas yang ditinggalkan pentadbirannya bagi menjawab pihak yang menuduhnya perompak.

    “Kalau saya perompak (macam) mana duit tunai Petronas tinggal RM174 bilion,” katanya pada majlis ceramah di Sendayan, Negeri Sembilan malam tadi.

    Najib kini menghadapi 42 pertuduhan jenayah termasuk pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

    Perbicaraan ke atas tujuh pertuduhan yang membabitkan SRC International, telah bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu.

    Najib tidak bercakap mengenai perbicaraannya pada ceramah malam tadi, yang dihadiri kira-kira 250 orang.

    Ucapan bekas presiden Umno, yang merupakan sebahagian kempen BN untuk PRK Rantau, sebaliknya memberi tumpuan mengkritik kerajaan PH termasuk mendakwa mengambil RM82 bilion daripada Petronas.

    Petronas akan mengeluarkan dividen khas sebanyak RM30 bilion pada 2019 sebagai tambahan kepada dividen tahunan yang dibayar kepada kerajaan. Ini bertujuan untuk meringankan beban kerajaan membayar balik RM37 bilion dalam pembayaran balik GST.

    Najib berkata tahun lepas beliau hanya mengambil “RM17 bilion” saja dalam dividen (sebenarnya RM19 bilion) daripada Petronas.

    Jack Ma lari

    Beliau berkata ini kerana beliau mahukan syarikat minyak negara melabur wangnya untuk penerokaan carigali telaga minyak baru.

    Sementara itu, Najib juga mendakwa bos Alibaba, Jack Ma telah hilang keyakinannya terhadap Malaysia.
    “Sekarang Jack Ma dah ‘lari tengah malam’. Dia tak mahu dia kata.

    “Dia kata kerajaan Malaysia tak boleh percaya,” kata Najib.

    Bagaimanapun, dakwaan ini kelihatan berdasarkan hantaran blogger Raja Petra Kamaruddin yang berkata Ma tidak gembira kerana kerajaan PH mungkir janji.

    Raja Petra telah menarik balik keluar artikel itu selepas Alibaba menghantar surat guaman mendakwa dia berbohong dan memfitnah Ma.

    Najib juga menggesa pengundi Rantau memilih calon BN Mohamad Hasan berbanding calon PH Dr S Streram.
    “Antara Streram dengan Mat Hasan siapa lebih elok, Mat Hasan lebih elok, elok keseluruhanya.

    “Pandai siapa lagi pandai Streram doktor cucuk bagi orang tidur, jadi semua orang tidur nanti,” jelasnya.

    Menurut Najib, Mohamad berpengalaman luas mentadbir negeri sebagai menteri besar selain latar belakangnya dalam bidang korporat.”Jadi kalau tak sokong dia, bodoh lah,” kata Najib lagi.

    Kemudian, beliau segera meminta maaf berkata itu cuma sekadar cara penyampaian sahaja tetapi maksudnya pengundi tidak patut menolak pemimpin sebaik pemangku presiden Umno itu.

    Mohamad tidak hadir ceramah Najib.

    Terdahulu sebelum majlis ceramah, kedua-dua pemimpin Umno itu solat Isya berjemaah di sebuah surau di Sendayan.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Beli apartment mewah di Miami, Sanchez dikatakan bakal sertai kelab milik Beckham

    PENYERANG Manchester United, Alexis Sanchez dilaporkan telah membeli sebuah apartment di persisiran pantai berhampiran Miami. Laman sesawang, The Real Deal mendakwa pemain yang dipinjamkan di...

    Remaja maut kereta terhumban dalam gaung

    GERIK - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya terhumban ke dalam gaung di KM 58.4 Jalan...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.