Home / :BLOG: / #MaluApaBosku : SPRM tahan setiausaha politik menteri

#MaluApaBosku : SPRM tahan setiausaha politik menteri

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sekitar jam 5 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

 “Siasatan awal mendapati jam itu bernilai tinggi dan sebagai hadiah kepadanya berkemungkinan bertujuan untuk memperoleh projek kementerian.

“Suspek ditahan untuk melihat sejauh mana beliau terbabit dalam kes itu. SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan kewujudan kes rasuah lain,” kata sumber.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya.

Loading...