• About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 
Subscribe
#MaluApaBossKu
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
#MaluApaBossKu

Home NASIONAL

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK SEMAKAN KES LIWAT ANWAR – KEKAL DIPENJARA LIMA TAHUN

Thursday, May 16, 2019
Admin BossKubyAdmin BossKu
313 10
2 min read

PUTRAJAYA – Anwar Ibrahim kekal dipenjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakannya.

Bekas Ketua Pembangkang itu gagal mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tersebut yang dikekalkan oleh satu panel lain pada 10 Februari tahun lalu. Setakat ini, beliau telah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan.

Panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mencapai keputusan sebulat suara itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.

Pada peringkat ini, keputusan tersebut menoktahkan perjalanan kes liwat II wakil rakyat pembangkang itu yang berlarutan selama lapan tahun bermula dengan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya pada 28 Jun 2008.

Yang turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Bagaimanapun Hakim Malanjum tidak hadir hari ini kerana kematian ibu saudaranya.

Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakiman itu antara lain menyatakan permohonan itu tiada merit dan tidak sempurna yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya menyemak keputusan itu.

Anwar, 69, diwakili oleh pasukan peguam bela diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid mengetuai pasukan pendakwaan.

Beliau memohon menyemak dan mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar disabitkan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tags: Uncategorized
Previous Post

13,700 DI SINGAPURA DIBERHENTIKAN, PALING TINGGI SEJAK 2009

Next Post

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 5

Related Posts

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Kemenangan Cemerlang BN di DUN N.23 Chini

Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

ADVERTISEMENT

SERING DIBACA

  • Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    1083 shares
    Share 433 Tweet 271
  • Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; SJKC PALING CERDIK?

    1093 shares
    Share 456 Tweet 266
  • Penjualan asset dan Govt Spending – Najib Saari

    1108 shares
    Share 477 Tweet 263
  • PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING – SAMTTAR

    1106 shares
    Share 474 Tweet 263
  • Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

    1054 shares
    Share 422 Tweet 264

TERKINI

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020
Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Tuesday, Jul 7, 2020
Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Tuesday, Jul 7, 2020

Next Post

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 5

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 6

#MaluApaBossKu

© 2020 KERIS MELAYU .

Navigate Site

  • About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 

Follow Us

  • Login
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO

© 2020 KERIS MELAYU .

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In