Home / :BLOG: / Mahathir Terdesak

Mahathir Terdesak

Dakwaan Tun Mahathir bahawa DS Hadi Awang menandatangani surat persetujuan tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih bukanlah mustahil.

Dalam politik Tun apa sahaja boleh berlaku.

Jika benar ada perjanjian tersebut tentu ada perkara besar yang memaksa PAS menurut permintaan Mahathir.

Mahathir pula setelah maki hamun Pas dan Hadi kemudiannya menjemput mereka ke pejabatnya menunjukkan Bersatu benar-benar terdesak untuk menang.

Terdesak benar sampai buat perjanjian bertulis.

Mahathir memang terdesak kerana jika kalah Bersatu akan dianggap tidak berguna kepada Pakatan Harapan.

Setakat ini UMNO, PKR dan DAP telah menang dalam PRK. Bersatu belum lagi.  Jika kalah PKR juga akan menuntut kerusi tersebut dalam PRU akan datang.

BN tidak perlu gundah gulana kerana ini adalah sebahagian politik. In sha Allah kita akan menang jika itu takdirnya.

Jangan marah-marah Pas kerana ia tidak akan menguntungkan parti. Walau Pas tidak sokong tidak semesti penyokongnya tidak akan undi kita.

Lagi pun pengundi non partisan adalah jumlah terbesar di Semenyih.

Mahathir memang terdesak kerana agensi-agensi di bawah beliau memberi gambaran Bersatu akan kalah dengan 2000 undi.

Malu apa boss ku! ?

Ab Jalil Backer

Loading...