No menu items!
More

    MAHATHIR PEMIMPIN ‘SUPER EGO’ – NAJIB

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai ‘super ego’ yang besar.

    “Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,” katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.

    Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

    Najib yang juga Presiden Umno berkata, usaha Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.

    Sehubungan itu, Najib berkata, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

    Waktu Mahathir jadi Presiden Umno, orang yang sama duduk keliling dia pada Isnin mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik ‘tape-tape’, video lama mereka mengutuk Mahathir lagi dahsyat.

    “Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya,” kata Najib.

    Ketika diminta berkongsi rahsianya menghadapi pelbagai kecaman dengan tenang, Najib berkata :”Saya dah faham dengan pemimpin seperti Mahathir, kaedah dan mesej (yang beliau gunakan)”.

    Selain itu, Najib berkata, sokongan padu daripada anggota parti selain Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau terus bertahan.

    “Saya lihat parti PAS pun tak bersama dengan dia. Dalam pembentangan Bajet 2017, PAS tidak menyokong pembangkang (Pakatan Harapan) menolak bajet,” katanya.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Remaja maut kereta terhumban dalam gaung

    GERIK - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya terhumban ke dalam gaung di KM 58.4 Jalan...

    Basmi ideologi pengganas LTTE

    TATKALA negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera, kita dikejutkan dengan berita penahanan tujuh lelaki termasuk dua wakil rakyat masing-masing dari Negeri Sembilan dan...

    Polis tahan ‘Komisioner Polis’

    Gambar viral lelaki memakai ‘ves keselamatan’ dengan lambang polis serta pangkat CP di bahagian kiri dan kanan bahu ves. KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki...

    Kongres Maruah Melayu terkubur sebelum bertunas?

    Oleh AB JALIL BACKER KONGRES Maruah Melayu (KMM) yang berlangsung minggu lalu bermula dengan cara yang salah dan tampak akan berkubur sebelum sempat bertunas. Walaupun penganjur...

    Peguam Negara perlu telus dakwa pemimpin terlibat LTTE: Mufti Perlis

      IPOH - Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin yang disiasat terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam...

    Lelaki masukkan botol pewangi ketiak dalam kemaluan tunang direman

    SEORANG lelaki ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan...

    Parlimen: Hala tuju cadangan laksana semula GST

    07 Oktober 2019 11:39 PM KUALA LUMPUR 7 Okt. - Hala tuju kerajaan mengenai cadangan pelaksanaan semula sistem percukaian GST antara...

    Tun Mahathir boleh bersama BN, Pas jika betul-betul ikhlas

    Mohamad Hasan KUALA LUMPUR 7 Okt.- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional (BN), Pas...

    Mat Sabu, PH perlu akui telah gagal

    DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN KUALA LUMPUR 30 Sept. - Mohamad Sabu perlu menerima hakikat bahawa beliau didakwa telah gagal mengurus tadbir Kementerian Pertahanan dengan...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.