No menu items!
More

    Lim Kit Siang Dibidas Jangan Hina Islam… Lebih Baik Cermin Diri, Fokus Moral Ahli Dap

    MCA mengingatkan Penasihat Dap, Lim Kit Siang agar tidak menghina agama Islam dengan mengaitkannya dengan istilah klepto-teokrasi (kleptokrasi dan teokrasi).

    Naib Pengerusinya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata demikian merujuk kenyataan media yang dibuat di laman blog Kit Siang yang secara tiba-tiba pada hari Jumaat yang mulia bagi seluruh umat Islam telah mempersoalkan adakah tamadun Islam mampu kembali ke zaman kegemilangannya sekiranya agenda klepto-teokrasi yang berpaksikan pembohongan, kepalsuan, ketidakpercayaan, kebencian, curiga dan rasuah masih berterusan.

    “Apakah agenda Kit Siang ini yang sebenarnya? Beliau sepatutnya melihat cermin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

    Dengan menggambarkan hubungan kerjasama UMNO/Barisan Nasional (BN) – PAS sebagai klepto-teokrasi, ini membuktikan bahawa Kit Siang dan Dap sebenarnya sudah mula merasa bahang yang akan menumbangkan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

    “Jika parameter klepto-teokrasi Kit Siang ini digunapakai, maknanya Dap lebih awal lagi menjadi pelopornya dengan kerjasama mereka bersama PAS dan PKR ketika Pakatan Rakyat dahulu.

    Dap pada ketika itu sanggup menipu para pengundi bukan Islam dengan mendakwa PAS telah melepaskan agenda ‘Negara Islam’ hanya semata-mata kerana kemaruk pada kuasa.

    “Hari ini juga, Kit Siang turut telah menjilat ludahnya dengan bekerjasama dengan pemimpin yang pernah didakwanya sebagai seorang diktator yang mengamalkan kronisme dan nepotisme,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

    Tambah Ahli Dewan Negara itu lagi, ternyata Kit Siang cuba bermain wayang dengan cuba menakut-nakutkan rakyat negara khususnya pengundi bukan-Islam dengan catatan terbaru beliau itu.

    “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudahpun berkuasa tetapi kenapa Kit Siang masih perlu mempersoalkan adakah tamadun Islam boleh kembali membangun dengan kleptokrasi.
    “Atau adakah sebenarnya Kit Siang sedang menyindir sekutunya di dalam Pakatan Harapan kerana skandal dan kehodohan yang diketahui umum.

    “Apa sekalipun, Kit Siang sebagai seorang tokoh politik veteran seharusnya lebih bertanggungjawab dan jangan dilihat seakan-akan menghina atau mempersendakan Islam dengan sewenangnya dihubungkaitkan dengan penipuan, kepalsuan, kleptokrasi dan sebagainya,” katanya.

    Jelas Lian Ker, sangat jelas Kit Siang risau dengan perpaduan ummah yang dipelopori UMNO dan PAS.

    “Dap seharusnya berhenti menyerang BN, UMNO dan PAS. Adalah lebih baik Kit Siang terus fokus kepada masalah yang melibatkan ahli partinya sendiri.

    “Isu Pasir Gudang oleh Menteri Dap yang tak selesai sehingga kini, isu rogol pembantu rumah oleh Exco Dap Perak, isu ugutan Pengerusi Dap negeri kepada Ketua Polis Daerah dan pelbagai lagi. Semuanya melibatkan ahli Dap sendiri.

    “Sibuk jaga hal rumah tangga orang, lebih baiklah Kit Siang jaga urusan dalam kain sendiri. Takut terselak, termalu nanti,” bidasnya.

    Mengulas lanjut, Lian Ker berpandangan hakikatnya hari demi hari Kit Siang semakin tersepit dengan agenda politiknya.

    “Sikap sekutu ‘diktator’nya yang semakin berkuasa membuatkan beliau seolah-olah telah buntu untuk merelevankan dirinya dalam arus politik semasa.

    “Akhirnya beliau mencari cara cuba memporak-perandakan masyarakat Melayu Islam di negara ini dengan mengaitkan tamadun Islam dengan klepto-teokrasi dan sebagainya. Semoga masyarakat di negara ini terus dipelihara.

    “Sudah-sudahlah Kit Siang, bersaralah dari terus main api perkauman dan keagamaan sekian lamanya,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.