Home / :BLOG: / Lelaki cetus provokasi terhadap menteri kewangan didapati positif ganja, kata polis

Lelaki cetus provokasi terhadap menteri kewangan didapati positif ganja, kata polis

Cepatnya dapat keputusan ujian dadah.

Mengapa anak Mat Sabu terpaksa menunggu 3 bulan untuk ujian dan pendakwaan yang mungkin sama dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

………

KUALA LUMPUR: Lelaki berjubah putih yang ditahan selepas menimbulkan kekecohan di perkarangan tempat letak kereta di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini semalam didapati positif ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Puchong itu kini direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

“Polis telah tahan suspek kerana berkelakuan mencurigakan selain suspek mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Semalam, media melaporkan yang lelaki berkenaan cuba mencetuskan provokasi dan tiba-tiba menjerit ke arah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sedang beredar menuju kereta selepas menghadiri majlis penutupan Bazar Tahun Baru Cina 8TV, pada 8.30 malam. ― Bernama

Loading...