Home / :BLOG: / Kuota Pendidikan Bumiputera Matrikulasi perlu dikekalkan

Kuota Pendidikan Bumiputera Matrikulasi perlu dikekalkan

Setiap hari kerajaan DAP-PH dilihat berberantakan sesama mereka antara parti dalaman mereka. Bertembung dalam soal dasar antara kementerian dan percanggahan keputusan antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu yang sama. Segala kecamukan ini sebenarnya merugikan rakyat dan merencatkan perkembangan dalam apa jua sektor dan bidang.

Keputusan kerajaan untuk mengekalkan 90% kuota bumiputera bagi matrikulasi sangat dialu alukan. Walaupun tekanan begitu kuat dari DAP, GERAKAN dan lain-lain termasuk Dong Zong supaya kerajaan membuka kuota matrikulasi ini kepada bukan bumiputera. Tekanan ini jelas disasarkan terus terutamanya terhadap YB Dato Seri Dr Mazlee Malik yang merupakan Menteri Pendidikan. Saya berharap YB Dato Seri Dr Mazlee tidak perlu tunduk kepada tekanan-tekanan seperti ini.

Pendidikan merupakan salah satu hak istimewa Melayu dan Bumiputera yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kuota pendidikan, biasiswa UITM, MRSM merupakan hak istimewa Orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut sejarah kerana Raja-Raja Melayu dalam perjanjian 1948 telah memberikan komitmen kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, kemajuan ekonomi, kebajikan sosial dan penyertaan dalam perkhidmatan kerajaan. Perkara ini harus dipegang dan dipertahankan. Bukan sewenangnya dipertikaikan apabila Chauvinist merasakan mereka berkuasa pada hari ini. Melayu dan bumiputera masih majoriti dalam negara dan Tanah Melayu ini.

Tekanan golongan chauvinist dan rasis ini seolah-olah mencabar hak istimewa Bumiputra yang dijamin oleh perlembagaan. Sikap chauvinist sempit ini juga ditunjukkan dengan tekanan kepada kerajaan secara terbuka dan lantang setelah mereka berkuasa supaya mengiktiraf Sijil UEC walaupun UEC jelas bertentangan dengan dasar Pendidikan Kebangsaan.

Jika Sijil UEC diiktiraf maka tidak perlu lagi Sekolah Kebangsaan(SK). Tidak perlu lagi Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK). Tidak perlu lagi peperiksaan SPM. Jika ini berlaku maka perpaduan akan menjadi semakin luntur kerana pemisahan rakyat akan bermula dari sekolah rendah hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sudah cukup dengan toleransi sehingga terwujudnya sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang hari ini boleh dilihat salah satu punca kepada kerengganan antara kaum. Toleransi yang ada ini juga telah diambil kesempatan atas faktor ekonomi yang jelas dikuasai oleh golongan Chauvinist sehingga ribuan sekolah-sekolah persendirian Cina ditubuhkan.

Satu perkara menghairankan apabila ada suara-suara yang meminta kerajaan melihat semula kepada keperluan mengekalkan sekolah jenis kebangsaan maka hiruk pikuk la kumpulan chauvinist ini mempertahankannya dengan alasan ianya dijamin oleh perlembagaan persekutuan walaupun perkara tersebut masih boleh dipertikai. Namun yang hairannya bila persoalkan hak istimewa orang melayu dan bumiputera mereka membutakan mata terhadap perlembagaan persekutuan tapi bila hak mereka terus menjadikan perlembagaan sebagai alasan dan perisai penafian. Inilah sifat hipokrit dan chauvinist sempit dan ultra kiasu golongan ini. Mereka tidak pernah memikirkan soal perpaduan yang perlu dipupuk sejak zaman awal persekolahan. Mereka tetap memekakkan telinga dan membutakan mata tentang pemisahan antara kaum akibat dari sistem sekolah yang memisahkan rakyat berdasarkan kaum sejak dari kecil.

Saya menyokong penuh jika kerajaan hari ini terus melaksanakan dasar matrikulasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang lepas. Saya harap kerajaan terus bertegas untuk tidak mengurangkan kuota bumiputera untuk matrikulasi dan seterusnya tidak mengiktiraf Sijil UEC.

Saya amat berharap kerajaan tidak bersikap “flip-flop” dalam isu melibatkan dasar dan hak istimewa orang melayu, bumiputera dan anak-anak Sabah/Sarawak. Harus kita junjung dan dokong perlembagaan yang sekian lama terbukti telah menjaga setiap warganegara. Hakikatnya kedudukan semua kaum hari ini bukti kukuh bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang menghalang kaum bukan Melayu dan anak negeri untuk meraih kekayaan. Jauh sekali bersifat diskriminasi yang bercanggah dengan prinsip keadilan.Ini kerana realitinya pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih dikuasai oleh kaum bukan Melayu dan bukan anak negeri dan ia tidak menjadi masalah kepada Bangsa Melayu yang menghormati apa jua bentuk dan dasar yang dijamin dalam perlembagaan.

Bangsa Melayu dan bumiputera bukan mahu merampas hak rakan kaum lain tetapi jangan sesekali cuba menyentuh dan mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera.

Loading...