No menu items!
More

    Ku Nan dapat passport sementara

    Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi melawat anak-anaknya di Australia selain menyelesaikan urusan perniagaannya di Indonesia.

    Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendengar hujahan pasukan pembelaan yang diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan selaku pemohon.
    **gambar hanya hiasan
    Mahkamah menetapkan pelepasan sementara pasport Tengku Adnan bermula hari ini dan dikembalikan semula pada 28 Februari ini.
    Ahli Parlimen Putrajaya itu mengaku tidak bersalah menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan, Tan Eng Boon melalui cek milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB miliknya.
    Perbuatan itu sebagai upah bagi dirinya kerana meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn. Bhd. (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn. Bhd.), untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
    Beliau juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pilihan iaitu sebagai seorang Menteri Wilayah Persekutuan, menerima wang berjumlah RM1 juta daripada Eng Boon melalui cek milik syarikat Pekan Nenas Industries dan didepositkan ke dalam akaun CIMB miliknya, yang diketahui ahli perniagaan itu sebagai pengarah di syarikat Nucleus Properties ada perhubungan dengan kerja rasminya.
    Bagi pertuduhan kedua pula, Tengku Adnan didakwa menerima wang berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek milik syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. yang didepositkan ke dalam akaun CIMB milik Tadmansori Holding Sdn. Bhd. yang di dalamnya beliau mempunyai kepentingan dengan kerja-kerja rasminya. – UTUSAN ONLINE

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.