Home / :BLOG: / Kontraktor Bumiputera Perlu Diberi Peluang – PKBM

Kontraktor Bumiputera Perlu Diberi Peluang – PKBM

Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyeru kerajaan supaya memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam projek infrastruktur mega negara, sekali gus menyumbang kepada pembinaan negara.

Presiden PKBM Datuk Mokhtar Samad berkata seramai 2,646 kontraktor Bumiputera G7 mempunyai inovasi, kekuatan kewangan dan pemikiran untuk melaksanakan projek mega Malaysia. 

“Kontraktor Bumiputera kini berada dalam keadaan sukar kerana berlaku kekurangan yang ketara terhadap projek-projek yang ditawarkan ketika ini dan persatuan berharap kerajaan memberi perhatian sewajarnya,” katanya kepada Bernama diminta mengulas peluang kontrak Bumiputera pada masa kini.

Semakan dalam laman web Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan beberapa laman web lain mendapati ratusan kontraktor Bumiputera berwibawa terlibat dalam pelbagai projek besar, antaranya Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, Asal Bina Sdn Bhd, Rahimkon Sdn Bhd, SN. Akmida Holdings Sdn Bhd dan TRC Synergy Bhd

Loading...