No menu items!
More

    Kongres Maruah Melayu terkubur sebelum bertunas?

    Oleh AB JALIL BACKER

    KONGRES Maruah Melayu (KMM) yang berlangsung minggu lalu bermula dengan cara yang salah dan tampak akan berkubur sebelum sempat bertunas.

    Walaupun penganjur rasmi KMM ialah empat buah universiti negara iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta sebuah badan bukan kerajaan (NGO), namun ternampak jelas mereka di sebalik gerakan ini ialah individu-individu yang telah mengkhianati parti UMNO dengan melompat menyertai parti Bersatu.

    Kongres itu diadakan secara tergesa-gesa sebagai satu jawapan kepada pelancaran Penyatuan Ummah dan Pemuafakatan Nasional antara Pas dan Gagasan Sejahtera dengan UMNO dan Barisan Nasional.

    Permulaan kongres itu telah bermula dengan ‘tangan’ dan niat yang mencurigakan. Namun Pas dan UMNO mengambil sikap berlapang dada menghadiri kongres ini kerana empat universiti ini diberi tanggungjawab mengadakan sidang meja bulat dan merumuskan resolusi.

    Persidangan meja bulat seminggu sebelum kongres dipecahkan kepada beberapa kluster seperti UM membincangkan isu politik, UiTM (ekonomi), UPSI (pendidikan) dan UPM (kebudayaan), manakala NGO menumpukan bidang agama.

    Penganjuran kongres itu dianjurkan secara tergesa-gesa tanpa strategi komunikasi dan politik yang mengutamakan kepentingan Melayu Islam. Maka ada sebahagian nuansa bahasa yang digunakan boleh dimurnikan bagi mengurangkan salah tanggapan masyarakat bukan Melayu.

    Walaupun ia diadakan secara tergesa-gesa, resolusi-resolusi yang dikemukakan seperti pemerkasaan sistem pendidikan kebangsaan, pelantikan orang Islam bagi jawatan-jawatan penting mencerminkan hasrat untuk mengembalikan kedudukan dan kepentingan Islam dan masyarakat pribumi seperti mana pada awal kemerdekaan dan hasrat Perlembagaan Malaysia mencerminkan hati nurani masyarakat Melayu.Retorik

    Seluruh usaha kongres lebih kepada menunggu ucaptama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digembar-gemburkan sebagai satu titik permulaan baharu kepada perjuangan orang Melayu di negara ini.

    Malangnya ucapan Tun Mahathir hanya sekadar mengulangi kecaman beliau mengenai sikap orang Melayu seperti mana yang beliau tulis dalam buku Malay Dilemma berdekad lalu.

    Orang Melayu telah berubah, namun persepsi dan tanggapan Tun Mahathir terhadap orang Melayu tampaknya tersangkut pada zaman lampau.

    Tun Mahathir juga mengulangi retorik lama bahawa kelemahan politik orang Melayu berpunca daripada perpecahan. Katanya, susulan perpecahan itu orang Melayu terpaksa bergadai kuasa dan bergantung kepada orang lain untuk mendapat sokongan rakyat.

    Ini bukanlah idea dan ungkapan baharu. Namun seruan kali ini berbeza kerana Tun Mahathir hanya datang daripada parti kecil orang Melayu. Sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum lalu sekitar 25 peratus. Ini menjadikan Bersatu sendiri mewakili sekitar 10 peratus orang Melayu.

    Teori perpecahan ini disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan yang menggesa Tun Mahathir membuktikan keikhlasan beliau menyatukan orang Melayu.

    Menurut Mohamad Hasan: “Secara rasionalnya, kumpulan kecil umat Melayu/Islam harus menyertai kelompok yang besar. Hari ini kumpulan terbesar orang Melayu/Islam berada dalam gagasan Penyatuan Ummah.”

    “Saya fikir pucuk pimpinan UMNO dan Pas tiada masalah untuk menerima penyertaan Tun Mahathir dan PPBM ke dalam agenda besar umat Melayu/Islam ini. Persoalannya, apakah Tun Mahathir sanggup berkorban jawatan dan kepentingan bagi mengangkat semula kuasa umat Islam di negara ini? Insya-ALLAH jika Tun Mahathir jujur dan mahu melihat Melayu Islam menjadi kuasa politik yang kuat, beliau tiada masalah berkompromi dengan UMNO dan Pas.”

    Tindakan pantas Tun Mahathir menolak saranan tersebut memberi gambaran jelas kepada orang Melayu bahawa tujuan sebenar Tun Mahathir adalah memperkukuhkan kedudukannya, bukan demi maruah Melayu dan Islam.

    Maka cita-cita tangan mereka yang di belakang tabir yang mahu menjadikan kongres itu sebagai batu lonjakan menaikkan imej Tun Mahathir dalam kalangan masyarakat Melayu telah bertukar menjadi malapetaka yang sangat memalukan.

    Sinar

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Beli apartment mewah di Miami, Sanchez dikatakan bakal sertai kelab milik Beckham

    PENYERANG Manchester United, Alexis Sanchez dilaporkan telah membeli sebuah apartment di persisiran pantai berhampiran Miami. Laman sesawang, The Real Deal mendakwa pemain yang dipinjamkan di...

    Remaja maut kereta terhumban dalam gaung

    GERIK - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya terhumban ke dalam gaung di KM 58.4 Jalan...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.