Home / :BLOG: / Kewayangan AES: Dulu Bantah, Sekarang U-Turn

Kewayangan AES: Dulu Bantah, Sekarang U-Turn

Khalid Samad cuba pertahankan U-Turn PH tentang AES.

Dia kata pemimpin PH bantah AES sebelum itu hanya kerana AES diswastakan di mana semua kutipan denda pergi kepada syarikat swasta, dan bukan kepada kerajaan, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan.

Mereka tiba tiba terlupa mereka pernah bantah AES kerana ia dianggap zalim, membebankan rakyat dan satu cara untuk sapu duit rakyat?

Sebelum mahu terus membohong, Khalid Samad mungkin mahu tengok video ini sekali lagi:
‪https://www.facebook.com/najibrazak/videos/948802071991007/

Apa komen Khalid selepas tonton video itu?

Kata Khalid Samad, tahun lepas kerajaan PH telah menyelesaikan situasi syarikat swasta mengutip denda AES dan sekarang kutipan saman pergi kepada JPJ dan kerajaan.

Tetapi apa yang Khalid Samad tidak beritahu ialah syarikat swasta yang dimaksudkannya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di mana pencarum-pencarum LTAT adalah daripada kalangan anggota tentera Malaysia,, bukan mana-mana syarikat swasta ataupun kroni.

LTAT sudah mengambil alih AES pada tahun 2015:
‪http://www.theedgemarkets.com/article/boustead-ltat-sign-shareholders%E2%80%99-agreement-jointly-manage-aes

Semua kutipan saman bukan juga dibayar kepada syarikat swasta.

Cuma caj servis RM16 setiap keping saman dibayar kepada syarikat itu manakala baki yang lain dibayar kepada kerajaan.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum saya menjadi PM iaitu pada tahun 2005. (Jika Khalid berani, kalau dia beranilah, mungkin dia boleh tanya PM ke-4 tentang peranan beliau dalam projek ini)
‪https://weechookeong.com/2012/10/19/aes-was-awarded-to-beta-tegap-sdn-bhd-and-commercial-circle-sdn-bhd-as-early-as-in-20056-when-chan-kong-choy-was-the-mot/

Undang-undang hanya dipinda pada tahun 2012 untuk membolehkan syarikat swasta mengendalikan sistem AES dan oleh itu, perjanjian itu hanya dapat ditandatangani dan berkesan pada tahun 2012 itu juga.

Lantas, kerajaan BN semasa saya PM meminta LTAT untuk mengambil alih projek itu supaya LTAT boleh dapat sedikit pendapatan untuk veteran-veteran tentera yang telah berkorban menjaga keselamatan negara.

Harga yang dibayar oleh LTAT untuk mengambil alih itu juga dipersetujui mengikut jumlah aset termasuk kutipan saman belum dijelaskan dan tempoh konsesi mengikut perjanjian.

Sehingga hari ini, tiada sebarang pendakwaan bahawa LTAT telah terlebih bayar.

Tetapi kerajaan PH hari ini sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewayangan.

Saya pelik mengapa menteri-menteri PH ini tidak ada sebarang rasa malu semasa membohong walaupun telah jelas-jelas terkantoi dengan fakta kukuh.

‪https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/07/khalid-jelaskan-pusingan-u-ph-terhadap-aes/

Pembohongan ini bukan biashe biashe tetapi menidakkan veteran veteran tentera.

Loading...