Home / :BLOG: / KETIKA AMANAH JAUHI, PAS & UMNO PULA DEKATI MAZA

KETIKA AMANAH JAUHI, PAS & UMNO PULA DEKATI MAZA

Jelas bahawa beberapa isu yang berlegar dalam negara sejak kebelakangan ini, termasuk isu di sekitar Dr Zakir Naik, makin mendekatkan Dr MAZA dengan pemimpin PAS (selain UMNO), termasuk melalui pertemuan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, dan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, pada 15 Ogos dan pertemuan beliau dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, hari ini.

AMANAH, pada masa yang sama, pula semakin merenggangkan diri dari Dr MAZA termasuk melalui beberapa kritikan terbuka yang dibuat oleh pemimpinnya kepada beliau, paling baru ialah tindakan Ketua AMANAH Marang, Miqdad Zakaria, anak saudara yang dijadualkan melawan bertanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Marang dalam PRU 14 lalu tetapi akhirnya menarik diri, mem”bebal” dan mem”bodoh”kan Dr MAZA.

Benarlah aturan Allah adalah jauh lebih baik daripada perancangan manusia.

Dr. Kamarul Yusoff

Loading...