Wednesday , September 18 2019
Home / :BLOG: / Kes Rogol! EXCO Perak Didakwa Esok, Satu Kemenangan Buat Rakyat!

Kes Rogol! EXCO Perak Didakwa Esok, Satu Kemenangan Buat Rakyat!

Setelah pelbagai tekanan dilakukan oleh prmbangkang dan rakyat akhirnya nanah yang kian membusuk di dalam kain kerajaan tidak mampu dibendung dan diselindungi lagi.

Kes Jenayah Rogol yang dilaporkan dilakukan oleh Exco Perak terhadap pembantu rumahnya akhirnya mendapat pembelaan dengan tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Skandal seks samada suka sama suka, paksa atau rela, dalam tabie dan diluar tabie nampaknya adalah pakej lengkap sbg koleksi Kerajaan PH yang kununnya mengagaskan MalaysiaBaru @ Malaysia Bersih.

Berikut dimajukan laporan yg dipetik dari akbar online pro kerajaan.

___________________________________________

Exco Perak Paul Yong dijangka didakwa esok

Zikri Kamarulzaman
 (Dikemaskini )

Exco Perak Paul Yong dijangka akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan merogol bekas pembantu rumahnya, seorang warga negara Indonesia

Malaysiakini difahamkan perkara ini akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Portal berita ini sedang menghubungi peguam Yong dan pihak polis bagi mendapatkan maklum balas.

Terdahulu, The Malay Mail memetik sumber daripada pejabat pendakwa raya Perak yang memberitahu media untuk bersiap sedia di Mahkamah Sesyen Ipoh esok.

“Saya tidak dapat mengesahkan apa-apa buat masa ini. Kes itu mungkin diteruskan atau mungkin tidak.

“Tetapi mungkin media boleh hadir di Mahkamah Sesi esok pagi,” kata sumber itu.

Pada 8 Julai lalu, pembantu rumah berkenaan memfailkan laporan polis yang menuduh Adun Tronoh merogolnya.

Yong, yang juga bendahari DAP Perak, menafikan tuduhan itu. Dia kini dibebaskan di bawah ikat jamin polis.

Yong juga terus berkhidmat di pejabatnya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perumahan, kerajaan tempatan, pengangkutan awam, urusan bukan Islam dan kampung baru.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata peranan Yong dalam membuat keputusan adalah terhad sementara menunggu siasatan polis.

Pada Isnin lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menggesa Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai kes itu.

Ini selepas perkara tersebut telah berlanjutan selama lebih daripada sebulan kerana kertas siasatan telah berulang alik antara pihak polid dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Malaysiakini

 

Loading...