Home / :BLOG: / Kerugian Khazanah 10 tahun Lalu??!

Kerugian Khazanah 10 tahun Lalu??!

Saya diberitahu satu artikel tahun 2017 dari portal FMT yang memberi gambaran palsu bahawa Khazanah telah rugi RM9 bilion dalam tempoh 2 tahun selepas tahun 2014 sedang ditularkan oleh PH.

Berita itu ditularkan oleh mereka sebagai “bukti” seolah-olah Najib telah berbohong.

Sebenarnya, laporan media FMT ini adalah berdasarkan berita dari media Singapura Straits Times yang memetik sumber tidak dinamakan.

Kebenarannya ialah Khazanah tidak pernah melaporkan kerugian untuk tahun 2014, 2015, 2016 atau 2017.

Sebaliknya, Khazanah telah untung berbilion-bilion untuk setiap tahun-tahun itu.

Ini ialah laporan kewangan rasmi (independent auditors ‘report) Khazanah Nasional untuk tahun-tahun itu:
http://tkr.khazanah.com.my/2017/wp-content/uploads/2018/05/selected-financial-indicator-1.pdf

Selain dari itu, kedua-dua gambar yang saya lampirkan di sini juga adalah dari laporan rasmi yang dikeluarkan hari ini oleh Khazanah Nasional di bawah kerajaan PH

Ianya sekali lagi membuktikan bahawa Khazanah tidak pernah melaporkan kerugian untuk tahun 2014 sehingga 2017, serta menunjukkan dengan jelas sebab utama mengapa Khazanah telah rugi besar untuk tahun 2018.

Mengapa ianya sangat susah untuk pihak PH menerima kenyataan bahawa Khazanah telah melaporkan kerugian pertama sejak tahun 2005 dan nilai aset Khazanah sudah jatuh RM25 bilion sejak PH mengambil alih?

Najib Razak

Loading...