• About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 
Subscribe
#MaluApaBossKu
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
#MaluApaBossKu

Home POLITIK

Kenyataan Media Reaksi Balas Datuk Abdul Rahim Pulang Pangkuan UMNO

Kenyataan Media Reaksi Balas Datuk Abdul Rahim  Pulang Pangkuan UMNO
Monday, Jul 15, 2019
Admin BossKubyAdmin BossKu
319 6
2 min read

Berita kepulangan Datuk Abdul Rahim Ismail, mantan Ketua UMNO Bahagian Papar, ke pangkuan UMNO Sabah amat dialu-alukan. Tahniah kepada Datuk Abdul Rahim kerana membuat keputusan nekad dan tepat untuk bersama kembali dengan UMNO Sabah dalam perjuangannya.

Tahniah juga kepada UMNO Sabah bahagian Papar yang berlapang dada dan berjiwa besar menerima kembali Datuk Abdul Rahim Ismail dalam satu perjuangan demi rakyat Sabah dan negeri Sabah yang kita cintai.

Sesungguhnya rakyat Sabah maklum bahawa perjuangan PPBM Sabah tidak akan ke mana-mana dalam politik negeri Sabah. Kewujudan mereka di Sabah bukan kerana satu perjuangan tetapi lebih kepada kepentingan masing-masing.

Pada awalnya 21 Ketua UMNO Bahagian Sabah, 5 ahli parlimen UMNO, 9 ahli dewan undangan negeri UMNO dan 2 senator UMNO melompat parti. Ini termasuk ramai ketua-ketua sayap wanita, pemuda dan puteri UMNO. Mereka membuat perhitungan salah kononnya UMNO Sabah akan mati dan bakal terkubur selepas PRU ke-14.

Malangnya bila mereka melompat, mereka membawa sekali fail-fail pentadbiran UMNO bahagian bersama mereka. Sepatutnya fail-fail pentadbiran UMNO wajib diserahkan kepada pentadbiran baru bahagian. Fail-fail tersebut adalah hak UMNO Sabah.

Rupa-rupanya mereka mempunyai agenda tertentu bila mereka enggan menyerahkan fail tersebut kepada pentadbiran bahagian UMNO Sabah yang baru.

Dengan adanya fail-fail pentadbiran UMNO dalam tangan mereka, ramai ketua-ketua cawangan dan ahli biasa UMNO secara tiba-tiba didaftar sebagai ahli PPBM dengan menggunakan data peribadi yang ada dalam fail-fail pentadbiran UMNO Sabah tersebut. Ramai ahli UMNO yang terkejut dan marah kerana nama mereka didaftar sebagai ahli PPBM tanpa pengetahuan mereka.

Namun Allah SWT itu maha besar dan maha adil. Lebih ramai pemimpin meninggalkan UMNO Sabah, lebih ramai pula orang baru memohon menjadi ahli UMNO Sabah. Mereka amat kecewa dengan dasar-dasar kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang bercelaru dan tidak berhala tuju.

Alhamdullilah, setiap bulan ribuan permohonan ahli baru diterima oleh bahagian-bahagian UMNO Sabah. Mesyuarat tahunan UMNO Sabah yang sedang berlangsung sekarang ini di peringkat cawangan, sayap dan bahagian, tanpa diduga begitu meriah dan bersemangat apabila dibanjiri oleh ahli-ahli UMNO yang setia. Hakikatnya UMNO Sabah tidak mati dan terkubur. UMNO Sabah terus hidup dengan iltizam dan semangat baru.

Saya jangkakan lebih ramai lagi mereka yang telah keluar dari UMNO akan kembali berjuang dengan UMNO Sabah memandangkan UMNO Sabah telah terbukti banyak jasa membangunkan negeri Sabah dan menjaga kebajikan rakyat sejak 25 tahun ini.

Disamping itu, mereka berminat kembali kepada perjuangan UMNO Sabah kerana UMNO Sabah bakal mendapat kelulusan autonomi politik dari UMNO Malaysia pada perhimpunan agung UMNO hujung tahun ini. Dengan adanya autonomi politik ini, UMNO Sabah akan dibenarkan mengurus dan membuat keputusan pentadbiran dan politiknya tanpa campur tangan UMNO Malaysia di Kuala Lumpur. Inilah yang mereka nanti-nantikan selama ini.

Sekian.

Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
Pemangku Ketua UMNO Sabah
Bahagian Tuaran
Merangkap
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

15 Julai 2019
Kota Kinabalu.

—Tamat—

Tags: Kenyataan MediaPaparSabahUMNO
Previous Post

#Bossku Tidak Rompak – Sah bayar RM6 Bilion dari RM19.4 Bilion awal Tahun 2019

Next Post

#Bossku RM19B Letak Dalam Bilik, Boleh Kira Sehelai Demi Sehelai

Related Posts

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Kemenangan Cemerlang BN di DUN N.23 Chini

Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

ADVERTISEMENT

SERING DIBACA

  • Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    1083 shares
    Share 433 Tweet 271
  • Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; SJKC PALING CERDIK?

    1093 shares
    Share 456 Tweet 266
  • Penjualan asset dan Govt Spending – Najib Saari

    1108 shares
    Share 477 Tweet 263
  • PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING – SAMTTAR

    1106 shares
    Share 474 Tweet 263
  • Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

    1054 shares
    Share 422 Tweet 264

TERKINI

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020
Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Tuesday, Jul 7, 2020
Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Tuesday, Jul 7, 2020

Next Post
#Bossku RM19B Letak Dalam Bilik, Boleh Kira Sehelai Demi Sehelai

#Bossku RM19B Letak Dalam Bilik, Boleh Kira Sehelai Demi Sehelai

Gugur Kuasa Yang Di-Pertuan Agong? Pindaan RUU Profesion Guaman Syarie Dipertikai

Gugur Kuasa Yang Di-Pertuan Agong? Pindaan RUU Profesion Guaman Syarie Dipertikai

#MaluApaBossKu

© 2020 KERIS MELAYU .

Navigate Site

  • About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 

Follow Us

  • Login
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO

© 2020 KERIS MELAYU .

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In