Thursday , September 19 2019
Home / :BLOG: / Kenapa Kerajaan PH masih Nak Menipu Media?

Kenapa Kerajaan PH masih Nak Menipu Media?

Saya tidak faham mengapa Menteri-menteri PH tidak takut untuk berbohong sedangkan isu-isu itu yang digunakan untuk memfitnah dan menyerang saya melibatkan pelaburan asing.

Dan ini sudah tentu akan diteliti rapi oleh media asing.

Selepas tipu rakyat Malaysia berkali-kali, adakah kerajaan PH juga mahu menipu media antarabangsa dan pelabur asing?

Apa kebaikkan kepada negara kita?

Seperti dilaporkan oleh media antarabangsa Reuters, EHP sekali lagi menafikan mereka tidak mahu membayar balik kos pembelian kepentingan 37% EHP kepada FELDA dengan kadar faedah 6% setahun.

EHP turut mengesahkan bahawa adanya klausa “Put Option” di mana FELDA tidak akan kerugian (downside protection) dengan pembelian kepentingan EHP itu – bermakna FELDA tidak ditipu oleh saya dan tidak rugi berbilion Ringgit.

Mereka juga menafikan bahawa wujudnya kes Mahkamah di mana EHP telah saman FELDA supaya EHP tidak perlu bayar – sekaligus membuktikan Menteri PH telah berbohong.

https://www.reuters.com/article/indonesia-eagle-high-plnt/indonesias-eagle-high-says-not-taking-legal-action-against-malaysias-felda-idUSJ9N1ZS00E

Loading...