Home / :BLOG: / Kejelasan dan Kepastian Polisi? POYO!

Kejelasan dan Kepastian Polisi? POYO!

Sebentar tadi, Menteri Kewayangan kita telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk memuji diri sendiri kerana pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun 2018 di bawah PH adalah pada kadar 4.7% akibat “kejelasan dan kepastian polisi PH.”

Dia kata kita berjaya mengalahkan Saudi Arabia, Mexico dan Sepanyol namun kita kalah kepada Poland.

Tidak pula Menteri Kewayangan sebut pertumbuhan KDNK negara pada tahun 2017 di bawah BN ialah 5.9%.

Tidak pula dia sebut juga bahawa unjuran KDNK negara bagi tahun 2018 sebenarnya ialah 5.5% sehingga 6% sebelum PRU14 tetapi sudah jatuh jauh di bawah unjuran selepas PH menang PRU14.

Menteri Kewayangan juga memuji bahawa pertumbuhan eksport negara untuk suku ke-4 tahun 2018 berjaya mencapai pertumbuhan gemilang sebanyak 1.3% berbanding susutan 0.8% untuk suku ke-3.

Tetapi dia juga lupa untuk memberitahu bahawa pertumbuhan eksport negara pada suku ke-3 dan suku ke-4 tahun 2017 di bawah BN adalah 11.8% dan 7.1%.

Menteri Kewayangan juga lupa untuk menyebut bahawa hutang rasmi negara telah naik dengan banyak kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) untuk tahun 2018 di bawah mereka berbanding RM686 (50.7% dari KDNK) untuk tahun 2017 dan impian PH untuk mencapai hutang RM1 trilion akan benar-benar tercapai tidak lama lagi.

Kenyataan akhbar penuh ada di sini:
https://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia/posts/10156410174383547

Loading...