Home / :BLOG: / Keanehan Watak-Watak Pencipta Tol Malaysia

Keanehan Watak-Watak Pencipta Tol Malaysia

Keanehan Watak-Watak Pencipta Tol Malaysia

Sangat aneh apabila Mahathir, Muhyiddin, Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Daim memberi alasan baru 9 bulan menjadi kerajaan mustahil mereka boleh selesaikan masalah tol.

Naratif politik PH ialah masalah tol  merupakan ciptaan UMNO-BN selama berpuluh tahun yang terpaksa mereka tanggung selama 9 bulan ini.

Apakah mereka tidak sedar masalah tol adalah ciptaan mereka.

Modul perniagaan tol dengan perjanjian berat sebelah ini tercipta ketika Mahathir, Anwar, Daim dan Muhyiddin menjadi pemimpin utama BN.

Hampir 80% perjanjian tol dilaksanakan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Daim dan Anwar menguasai perancangan ekonomi negara pada 80 dan 90 an.

Azmin Ali pula Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan ketika itu. Wan Azizah pula adalah isteri Menteri Kewangan.

Yang merancang semua ini bukan penyokong BN dan ahli UMNO tetapi watak-watak utama dalam PH hari ini.

Jadi sangat aneh untuk watak-watak ini menyalahkan BN kerana merekalah yang merancang semua kekusutan ini.

Ab Jalil Backer

Loading...