Home / Najib Razak / Kalau Ada Ride, Roger-Roger La

Kalau Ada Ride, Roger-Roger La

Apa macam?

Kena tak naik Ysuku dengan helmet Magnum 3 hitam ni?

Lepas ni kalau ada ride, roger-roger la.

Eh nampak tak nombor motor?

😎

Berikut adalah cetusan dari Facebook page terbaru Dato Seri Najib Razak menjelang tengah malam. Kebanyakan tindak balas netizen, teruja dan penuh keceriaan.

Antara netizen-netizen juga ingin menyertai kembara motot jika dianjurkan oleh Dato Seri Najib Razak atau dikenali ‘bossku’. Paparan page berkenaan menampilkan DSN atas Jalan Raja berlatarbelakangkan Muzium Tekstil dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Wajah beliau kemerahan memakai topi keledar dan motor terpampang nombor plat BBB 8055 atau kebiasaan sinonim singkatan ‘Bukan Biashe Biashe’ dan manakala nombor 8055 pula mewakili simbolik ejaan ‘BOSS’.

Antara komen netizen pul ialah seperti berikut:-

Nģuýen Pha Thõnģ
#DSNR.. jom kite celebrate bulan merdeka dgn cara kite jom.. kite ride jelajah malaysia dgn moto.
#merdeka ngan kerajaan skrg nie.. cam dah takde makne jerr.

Syed Amran Syed Nordin
#BOSSKU…buat jadual ride,ramai anak-anak yg nak join,kita jumpa semua ankx muda satu malaya..18 tahun dah boleh mengundi…tunggu apa lagi #BOSSKU…

Turut komen ialah Presiden Sukarelawan Malaysia seperti di bawah:-

Isham Jalil
Jom Bossku, geng ride saya ramai juga nak ikut, geng ZXR, geng Triumph, geng Lucky Strike, geng Retro, geng kapchai etc. etc. on saja

dan komen dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia jua menarik perhatian.

Dr Shamsul Anuar Nasarah
Oiitt boss…nak kemana tu.

Gesaan netizen supaya penganjuran kembara bermotor dilaksanakan secara mingguan supaya menjadi tarikan kepada Barisan Nasional.

Lily Far
Doto sri kena banyak kan aktiviti bersama anak muda.. in shaa Allah anak muda akan tertarik dgn BN.
Buat la aktiviti ride setiap minggu.. rapatkan saf dgn anak muda, bergurau dgn anak muda, baru best dato sri

Selain itu, netizen beramai-ramai ambil kesempatan mengucapkan sempena sambutan ulang tahun kelahiran Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak kali ke 66 hari ini.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT DATO SERI NAJIB BIN HAJI TUN ABDUL RAZAK

Loading...