Abah pesan jaga agama, bahasa dan ikatan kekeluargaan – Khir Rahman

Pesanan Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan mengenai agama, bahasa dan ikatan kekeluargaan antara perkara yang kekal menjadi ingatan Khairulizam Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Khir Rahman.

Anak sulung kepada Allahyarham itu ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang berkata pesanan tersebut akan dipegang dan diturunkan kepada anak-anak serta keluarga kerana perkara itu penting dalam menjalani kehidupan yang serba moden dan canggih.

“Abah selalu ingatkan anak-anak untuk jaga agama kerana agama di atas kertas sahaja tidak memberi makna jika kita sendiri tidak amalkan perintah Allah”.

“Beliau juga seorang yang pentingkan bahasa dan dia tak suka dengar bahasa rojak, cakap tunggang langgang dan tatabahasa lari,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira 2.50 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, di sini. 

A. Rahman, 73, yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni dan Warisan (Aswara) meninggal dunia di Hospital Ampang, pada 12.40 tengah malam tadi susulan komplikasi kesihatan.

Khir berkata sejak bapanya sakit pada awal Jun lalu, mereka sekeluarga sering berada di samping Allahyarham sehingga menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang tengah malam tadi.

Menurutnya, mereka sekeluarga sempat menyambut hari raya Aidilfitri di Kuala Lumpur dan Johor serta Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda yang dirinya sakit.

youtu.be/xpg3jKgvN80

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
Loading...