Home / :BLOG: / Jadi Social Influencer, Berhenti Jadi Menteri Ke’babi’an

Jadi Social Influencer, Berhenti Jadi Menteri Ke’babi’an

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Suka bercakap bohong
Lama-lama jadi Menteri

Bukan hendak pertahankan sesiapa. Ini semua pergaduhan orang-orang kaya buang masa kita gaduh banyak-banyak.

Lima bulan “follow up”, bukan cerita semalam.

Alih-alih Menteri yang sama promo barang kawan dia yang kononnya memulakam perniagaan kek coklat dengan modal RM50, dalam masa 9 bulan sudah jana pendapatan RM1.5 juta.

Apa masalah Menteri ini? IG bukan ada had posting. Sudah tu selama 9 bulan tidak boleh selit sekali pun? Sebab mamat tu bukan anak Vincet Tan kot? Bukan kroni parti?

Cerita perniagaan kek coklat pun tipu. Janji hendak siarkan produk Hausboom di IG beliau pun tipu.

Bila tersepit guna penyokong serang usahawan yang beliau mungkir janji.

Kerana hendak membela satu menteri yang janji tak tepati habis anak bilionair dan spritual entrepreneur tampil membantu pertahankan menteri.

Yang maki hamun usahawan tersebut kena ingat bukan beliau seorang yang kena. Ya kamu boleh menang serangan siber ke atas seorang usahawan Melayu. Cuma orang akan ingat sikap Menteri ini.

Sebenarnya Syed Saddiq ini sakit. Sakit batak populariti media sosial. Bukan kerja Menteri promo barang. Kalau hendak jadi social influencer berhenti jadi Menteri.

Cuma hendak tanya kepada rakyat Malaysia, bolehkah dipercayai Menteri yang mungkir janji janji hendak bantu promo barang guna IG beliau.

Nota: Siapa tahu spritual entrepreneur ini usahawan jual apa? Macam kismis minda tu ker? ?

Ab Jalil Backer

Loading...