Home / Ekonomi / Hutang Sarawak, Menteri Kewangan digesa tunai janji dahulu

Hutang Sarawak, Menteri Kewangan digesa tunai janji dahulu

Sombong dan angkuh sungguh bila Lim Guan Eng minta Sarawak untuk bayar hutang dulu sebelum dia bagi peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak.

Lim Guan Eng selalu sangat mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu. Sebelum ini Lim Guan Eng mengkatakan Sarawak akan bangkrap.

Tahun pertama Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, dia ambil RM82 bilion dari Petronas. Saya pasti kebanyakkan daripada duit RM82 bilion itu datangnya dari keuntungan Petronas di perairan Sarawak.

Sejurus tamat Temurapat (Retreat) politik DAP Kebangsaan sebelum PRU14 yang lalu, Lim Guan Eng dengan lantang mengumumkan bahawa kalau PH menang PRU14, mereka akan memberi keadilan kepada Sabah dam Sarawak yang kononnya di anak tirikan oleh BN. Malah Lim Guan Eng terang-terangan mengatakan beliau bersetuju Sabah dan Sarawak diberikan 20% royalti minyak! (Rujuk: https://m.kinitv.com/video/cdfcf322-7052-4a5e-ade4-13115563807d).

Pada 26 Julai 2018, The Edge Markets menyatakan jumlah 5% royalti minyak Sarawak ialah RM1.58 bilion. Ini bermakna tambahan 15% yang dijanjikan oleh Lim Guan Eng dan manifesto PH berjumlah RM4.74 bilion. Untuk Sabah pula jumlah 5% royalti minyak berjumlah RM1.32 bilion dan tambahan 15% pula berjumlah RM3.96 bilion! (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/article/oil-royalty-focus).

Lim Guan Eng sepatutnya tidak perlu meminta Sarawak bayar hutang dahulu sebelum meluluskan peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak. Begitu juga dengan Sabah. Lim Guan Eng perlu tunaikan janji untuk memberi tambahan 15% royalti minyak (RM3.96 bilion) kepada Sabah juga.

Sebagai Menteri Kewangan, tunaikanlah janji dia dahulu untuk membayar tambahan royalti minyak 15% atau RM 4.74 bilion kepada Sarawak. Bukan saja pembaikan sekolah daif dapat dilaksanakan, hutang Sarawak kepada kerajaan pusat pun akan dapat dilangsaikan sepenuhnya!

Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Loading...