No menu items!
More

    Hutang Negara; LGE Tahu Raykat Senang Ditipu

    Kerajaan PH tahu kebanyakan Rakyat tidak akan meniliti dan membandingkan kenyataan akhbar mereka sekarang dan apa yang mereka pernah keluarkan.

    Ramai yang akan telan begitu sahaja apa yang PH umum tanpa sedar bahawa mereka ditipu dengan terang-terangan.

    Oleh itu, ianya senang untuk mereka mengeluarkan propaganda untuk membohong kepada Rakyat dan memperburukkan nama kerajaan BN dahulu.

    Isu hutang negara ini adalah satu contoh.

    Pada akhir bulan Mei 2018 iaitu selepas PRU14, Menteri Kewayangan mengejutkan Malaysia apabila dia umum hutang negara adalah RM1 trilion.

    Pada masa itu, dia memberi butiran seperti berikut:

    Tahun 2017:
    1. Hutang langsung – RM686.8 (50.8% dari KDNK)
    2. Jaminan kerajaan – RM199.1 (14.6%)
    3. Liabiliti pajakan untuk projek PPP – RM201.4 (14.9%)
    Jumlah: RM1.087 Trilion (80.3% dari KDNK)

    24 Mei 2018: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion
    http://www.astroawani.com/berita-bisnes/guan-eng-dedah-perincian-hutang-rm1-trilion-176387

    Namun pada awal bulan Jun 2019 ini, Menteri Kewayangan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa hutang negara pada akhir tahun 2018 sudah naik ke RM1.1 trilion.

    1 Jun 2019: Hutang negara cecah RM1.1 trilion
    https://www.malaysiakini.com/news/478246

    Selepas dikecam oleh Rakyat dan netizen, Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan akhbar keesokan hari bahawa walaupun nilai hutang meningkat tetapi PERATUSAN hutang telah menurun.

    2 Jun 2019: Hutang dan liabiliti kerajaan menurun: Guan Eng
    https://www.sinarharian.com.my/article/31161/BERITA/Nasional/Hutang-dan-liabiliti-kerajaan-menurun-Guan-Eng

    Di dalam kenyataan “cover line” Guan Eng ini, dia memberi angka-angka baru untuk hutang dan liabiliti bagi tahun 2018 dan 2019.

    Sekarang, dia memberi butiran ini pula untuk hutang tahun 2017 dan 2018:

    Tahun 2017:
    1. Hutang langsung – RM686.8 (50.1% dari KDNK)
    2. Jaminan kerajaan – RM101.4 (7.4%)
    3. Liabiliti pajakan untuk projek PPP – RM298.8 (21.8%)
    Jumlah: RM1.087 Trilion (79.3% dari KDNK)

    Tahun 2018:
    1. Hutang langsung – RM741.1 (51.2% dari KDNK)
    2. Jaminan kerajaan – RM133.2 (9.2%)
    3. Liabiliti pajakan untuk projek PPP – RM217.1 (15.0%)
    Jumlah: RM1.091.4 Trilion (75.4% dari KDNK)

    Perhatikan angka yang diberi oleh Guan Eng untuk Jaminan kerajaan dan liabiliti PPP untuk tahun 2017 sekarang adalah JAUH BERBEZA dengan apa yang dia beri pada bulan MEI 2018.

    Dulu dia kata jaminan kerajaan untuk tahun 2017 adalah RM199.1 (14.6%).

    Sekarang dia kata jaminan kerajaan untuk tahun 2017 ialah RM101.4 (7.4%).

    Dulu dia kata liabiliti PPP untuk tahun 2017 adalah RM201.4 (14.9%).

    Sekarang dia kata dia kata liabiliti PPP untuk tahun 2017 adalah RM298.8 (21.8%).

    Perubahan RM100 bilion dalam mana-mana angka hutang atau liabiliti negara bukan kecil tapi dia buat juga kerana tahu Raykat senang ditipu walaupun ianya tidak masuk akal bahawa Menteri Kewangan sebuah negara boleh memberi angka yang jauh berbeza mengenai hutang negara setiap kali dia buat pengumuman.

    Setelah dia tambah liabiliti PPP untuk tahun 2017 dengan sebanyak RM100 bilion, dia kurangkannya sebanyak RM98 bilion untuk tahun 2018 supaya boleh claim liabiliti PPP telah jatuh dengan banyak.

    Bolehlah dia claim bahawa walaupun hutang langsung dan jaminan kerajaan sudah naik, peratusan hutang negara kepada KDNK turun 3.9% kerana liabiliti PPP telah turun 3.9%.

    Ini jelas menunjukkan bagaimana Guan Eng menipu dengan memindah-mindah angka hutang negara dari jaminan kerajaan kepada liabiliti PPP.

    Dia boleh buat begini kerana angka liabiliti PPP ini hanya diketahui oleh Guan Eng seorang sahaja dan tidak diumumkan secara rasmi setiap bulan oleh BNM seperti untuk hutang terus dan jaminan hutang kerajaan.

    (Dia pernah mengaku bahawa liabiliti PPP ini adalah sewa yang pajakan yang kerajaan perlu bayar sehingga tahun 2045 tapi tak mahu menjawab kenapa dia guna tahun 2045.)

    Oleh itu, dia boleh claim lah bahawa nibah hutang negara telah jatuh kerana kejatuhan besar angka PPP ini.

    Kalau kita mengikut data BNM pula, hutang rasmi negara hari ini sudah naik ke RM797.4 bilion manakala jaminan kerajaan adalah RM267.3 bilion.

    Tanpa liabiliti PPP, hutang negara campur jaminan sudah naik ke RM1.065 trilion iaitu telah cecah RM1 trilion hari ini.

    Nampak tak penipuan dia?

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.