• About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 
Subscribe
#MaluApaBossKu
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
#MaluApaBossKu

Home NASIONAL

Golongan tafsir Al-Quran ikut keperluan peribadi perlu ditangani

Thursday, May 16, 2019
Admin BossKubyAdmin BossKu
320 3
2 min read

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah dewasa ini wujud segelintir individu yang memberikan tafsiran Al-Quran mengikut akal logik, semata-mata demi kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu.


Baginda bertitah sehubungan itu ia perlu ditangani segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh meruntuhkan akidah, meruntuhkan institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“…dengan demikian, kefahaman yang mendalam kepada tafsiran yang tepat disi kandungan Al Quran akan berupaya melahirkan masyarakat yang bertaqwa dan bahagia di dunia serta di akhirat.

“Justeru saya menyeru semua masjid di negeri ini untuk menjadi pemudahcara bagi menyuburkan budaya membaca Al Quran dalam kalangan umat Islam di Pahang.

“Mudah-mudahan umat Islam di negeri ini akan mencapai kejayaan dalam menjadikan Al Quran sebagai panduan dan pedoman kehidupan,” titah baginda ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al Quran Peringkat negeri Pahang Kali-62 tahun 1440 Hijrah bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ .

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, dan Mufti Negeri Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Menurut baginda Al Quran juga merupakan sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan seharian sekali gus dapat membantu menangani pelbagai cabaran terhadap masalah akhlak serta moral masyarakat pada masa kini.

Sehubungan itu, umat Islam yang beriman kepada Al Quran wajib menjadikan kitab suci itu sebagai rujukan utama dalam kehidupan.

Baginda turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pahang serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-62 selain turut mengucapkan tahniah kepada qari dan qariah yang akan mewakili Pahang dalam pertandingan peringkat kebangsaan nanti.

Pada majlis itu baginda dan Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada hadiah kepada 30 qari dan qariah yang bertanding termasuk pemenang.



— BERNAMA
Tags: AgamaISLAMTilawah Al-QuranYang DiPertuan Agong
Previous Post

REIT : Terperangkap dengan Propaganda Hutang Negara

Next Post

Krisis Kehakiman Berulang lagi?

Related Posts

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Kemenangan Cemerlang BN di DUN N.23 Chini

Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

ADVERTISEMENT

SERING DIBACA

  • Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    1085 shares
    Share 434 Tweet 271
  • Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; SJKC PALING CERDIK?

    1094 shares
    Share 456 Tweet 266
  • PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING – SAMTTAR

    1107 shares
    Share 475 Tweet 264
  • Penjualan asset dan Govt Spending – Najib Saari

    1108 shares
    Share 477 Tweet 263
  • Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

    1056 shares
    Share 422 Tweet 264

TERKINI

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020
Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Tuesday, Jul 7, 2020
Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Tuesday, Jul 7, 2020

Next Post

Krisis Kehakiman Berulang lagi?

Tabung Haji: Tiba-tiba Tidak Alami Defisit

#MaluApaBossKu

© 2020 KERIS MELAYU .

Navigate Site

  • About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 

Follow Us

  • Login
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO

© 2020 KERIS MELAYU .

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In