Saturday , September 21 2019
Home / :BLOG: / Geran Pendidikan KoJadi Terima Dari Yayasan 1MDB

Geran Pendidikan KoJadi Terima Dari Yayasan 1MDB

DAP sedang menggunakan isu pemberian geran sebanyak RM15 juta kepada Koperasi Jayadiri (Kojadi) untuk menyerang parti MCA.

Hari ini, Ketua Pemuda DAP WP telah membuat laporan polis tentang isu ini terhadap presiden MCA dengan mendakwa dana itu adalah dana haram.

Dana RM15 juta itu diberi oleh Yayasan 1MDB pada tahun 2012 sebagai satu geran kepada Kojadi untuk menyediakan pinjaman pelajar dan pembiayaan kredit mikro untuk perniagaan.

Dana Yayasan 1MDB pula disumbang oleh 1MDB dan penderma korporate yang lain.

Wang itu adalah disumbang terus dari Yayasan 1MDB dan tidak ada kena-mengena dengan akaun bank saya.

Oleh itu sehingga kini, SPRM tak tuntut Kojadi mengembalikan geran itu.

Tapi parti DAP mahu buat hal pula.

Jika Kojadi terpaksa memulangkan dana RM15 juta itu maka antara penerima-penerima lain di bawah ini juga akan terpaksa mengembalikan bantuan mereka dari Yayasan 1MDB:

1. Sebanyak 57,000 pemandu teksi yang menerima subsidi tayar RM520 setahun melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang dibiayai oleh Yayasan 1MDB.

2. Ribuan penerima Geran pendidikan kepada pelajar terpilih seperti Geran Akademik Jabatan Perkhidmatan Awam, Dana PIBG bernilai dan Geran Akademik Jabatan Agama Islam Malaysia.

3. Ribuan penerima program Nadi Kasih untuk membaiki dan membaik pulih rumah usang golongan miskin.

4. Penerima program Ihsan Samudera yang memberi bantuan kepada 55,574 nelayan melalui Persatuan Nelayan dalam bentuk bot, pukat, enjin bot dan jaket keselamatan.

5. Sebanyak 5,711 Jemaah yang menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

Ada banyak lagi.

Jika dana yang disumbang terus dari agensi kerajaan kepada Rakyat untuk bantuan dianggap oleh kerajaan PH sebagai wang haram, maka semua penerima bantuan lain seperti BR1M juga akan perlu mengembalikan wang mereka kepada kerajaan.

Tapi mana tahu?

Kerajaan PH ini suka membuat kerja tidak masuk akal demi melanjutkan peropaganda politik mereka.

Loading...