Home / :BLOG: / Fitnah Sarawak Report, Meh Check Certot

Fitnah Sarawak Report, Meh Check Certot

Panjang orang tak faham saya bagi ringkas pula.
Sepanjang tulisan Sarawak Report dan afidavit Claire Brown ke atas saman Hadi Awang tidak ada satu bukti pembayaran Mohd Najib kepada Pas atau Hadi sebanyak RM90 juta dikemukakan.
Jika penyelesaian luar mahkamah atau tidak meneruskan saman sebagai bukti salah, maka orang seperti Tun Mahathir salah sepenuhnya.
Tun M langsung tidak berani saman pelbagai tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya termasuk dakwaan punya wang berpuluh bilion di luar negara.
Cerita panjang. Baca seterusnya ?
Saman Hadi Awang vs Sarawak Report
………………………
https://pakdin.my/saman-hadi-awang-vs-sarawak-report/
Jika benar Hadi atau Pas menerima RM90 juta dari DS Mohd Najib Razak, pasti butiran transaksi tersebut sudah terdedah kepada umum.
RM90 juta bukan sedikit. Ia mudah sahaja dikesan dan dibuktikan dalam sistem perbankan hari ini. Semuanya dalam pangkalan data sahaja.
Dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan yang terdesak dan tidak profesional ini, merekalah paling pantas akan mendedahkan transaksi tersebut.
Apa undang-undang yang tidak mereka langgar demi mempertahankan kedudukan mereka.
Malangnya ini tidak berlaku. Kenapa? Sudah tentu kerana ia tidak pernah berlaku.
Ada banyak sebab mengapa sesuatu saman malu diselesaikan di luar mahkamah.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push();
Misalnya apabila kita saman satu pihak yang kita akan menang, kemudian pihak terbabit saman kita atas isu berkaitan yang beliau akan menang. Jalan selamat selesaikan luar mahkamah.
Ada juga faktor kos perbicaraan. Ia bukan murah, di Malaysia sahaja kes saman begini antara RM50 ribu – RM100 ribu.
Saman orang tidak ada duit satu hal lagi, kamu menang moral kalah kewangan.
Jadi tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bijak dari segi kewangan. Beliau bukan bilionair seperti anak Tun Mahathir.
Beliau tidak akan dapat sokongan berjuta ringgit serperti Justo. Jika Justo dapat RM8 juta ringgit dari kroni Tun Mahathir, anda rasa berapa Claire (Sarawak Report) dapat?
Dalam keadilan dunia, jika anda tiada wang mustahil anda akan mendapat keadilan melawan orang banyak duit. Kos guaman saja sudah boleh memufliskan anda.
Abdul Hadi membuat ketetapan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap defendan manakala Rewcastle Brown turut menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Ini persetujuan bersama bukan sebelah pihak.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push();
Anda juga perlu tanya jika Claire percaya beliau boleh menang mengapa setuju selesai luar mahkamah bersama kes saman beliau ke atas Hadi?
Akhir sekali anda perlu ingat dalam 55 muka surat pembelaan Claire beliau langsung tidak memberi bukti pemberian wang Mohd Najib kepada Pas.
Beliau melalut kepada kebebasan bersuara dan hak demokrasi sahaja dan menuduh Hadi cuba menghalang kebebasan bersuara. (https://www.thesundaily.my/archive/hadi-awang-vs-clare-brown-FUARCH502588)
Dan anda perlu ingat ini perbicaraan di UK yang mempunyai undang-undang yang sangat kuat melindungi kebebasan wartawan.
Rujukan:
Fitnah terburai Sarawak Report
https://pakdin.my/fitnah-terburai-sarawak-report/
http://pakdin.my/tag/sarawak-report/
Saman Hadi Awang vs Sarawak Report
……………………….
https://pakdin.my/saman-hadi-awang-vs-sarawak-report/
Portal Pakdin.my

Loading...