Home / :BLOG: / Fitnah Bunuh Profil Tinggi, Kini Senyap Pula?

Fitnah Bunuh Profil Tinggi, Kini Senyap Pula?

Pelik atau tidak?

Laporan Malaysiakini hari Jumaat lalu memetik sumber polis yang mengesahkan tidak ada sebarang bukti yang saya terlibat di dalam pembunuhan 5 orang sejak 10 tahun ini telah dikongsikan sebanyak 114,000 kali sejak ia diterbitkan.

Sudah tentu ada pemimpin PH yang turut baca juga.

Tetapi sehingga kini, tidak ada seorang pun pemimpin PH ataupun DAP termasuk MenHEN berani tampil ke depan untuk membuat kenyataan bahawa mereka ada bukti dan akan kemukakan kepada pihak polis.

Ssenyap pula mereka.

Ini disebalik beratus-ratus “bukti” yang telah dimuatnaik di media sosial sejak 10 tahun dahulu termasuk laporan polis “bongkar”, gambar-gambar, ceramah-ceramah, video-video dan lain-lain yang “buktikan” saya adalah pembunuh.

Itulah dia betapa licik, menyeluruh dan terancang mesin propaganda PH selama ini sehingga Al-Jazeera boleh membuat laporan khas bahawa saya adalah pembunuh Altantuya.

Ramai yang telah terperdaya masa itu. Ramai termakan fitnah, dakyah dan propaganda ini.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia perlu berjaga-jaga serta berhati-hati supaya kita tidak lagi terperangkap atau mudah untuk percaya sebarang propaganda dan tuduhan dari pihak mereka terutama dari DAP.

Apatah lagi, mereka bakal menggerakkan jentera propaganda mereka sebagaimana disahkan oleh pemimpin mereka sendiri. Bersedialah.

Loading...