Home / Najib Razak / Elaun Bomba: Main TaiChi dan Menabur Janji Kosong

Elaun Bomba: Main TaiChi dan Menabur Janji Kosong

Menteri PH kata kertas cadangan ringkas mengenai elaun kritikal anggota bomba telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong semalam.

Lepas itu, dia kata:

“Kalau dapat Agong berikan sedikit kata-kata kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya dapat diluluskan tahun ini,”

Perkara begini tidak pernah berlaku dan tidak patut berlaku.

Kenapa Menteri PH perlu melibatkan YDP Agong ke dalam isu eksekutif seperti pemberian elaun?

Kenapa pula Menteri PH perlu mohon YDP Agong untuk meminta PM ke-7 untuk meluluskanya?

Jika tak diluluskan selepas meminta, bagaimana pula?

Perkara seperti ini sepatutnya dibincang dalam kabinet supaya boleh diluluskan – melainkan memang telah ditolak berkali-kali sebelum ini.

Untuk maklumat orangramai, elaun kritikal ini memang telah diluluskan oleh kerajaan BN sebelum PRU14.

21 Mac 2018: “Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan elaun khas bagi menghargai jasa anggota bomba yang banyak berkorban dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402095/anggota-bomba-dapat-elaun-khas-rm200-sebulan

Tetapi telah dihentikan oleh kerajaan PH sehingga kini.

Dah lama mereka memainkan taichi dan menabur janji kosong tentang isu ini.

Luluskan sahajalah, PH.

Anggota bomba memang layak dan memerlukan elaun ini.

Kalau boleh bagi RM20 bilion kepada Pulau Pinang untuk projek-projeek mahal gila seperti Lebuhraya PIL RM460 juta setiap km, takkan elaun kritikal untuk Bomba pun tak boleh bagi?

Nama pun kritikal. Jangan tai-chi lagi.

Loading...