• About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 
Subscribe
#MaluApaBossKu
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
#MaluApaBossKu

Home POLITIK

Dulu Bantah Keras Projek Startegik Sabah, Kini U-Turn Pula!

Dulu Bantah Keras Projek Startegik Sabah, Kini U-Turn Pula!
Sunday, Jul 28, 2019
Admin BossKubyAdmin BossKu
322 3
3 min read

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan pengumuman u-turn kerajaan negeri Sabah untuk meneruskan dua projek besar iaitu projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) dan projek empangan air Kaiduan yang diberi nama baru iaitu empangan Papar. Dari dulu lagi kerajaan BN telah menyatakan bahawa kedua-dua projek ini penting dan strategik untuk kelangsungan pembangunan ekonomi negeri Sabah.

Namun yang dikesali ialah tindakan parti Warisan dan PH Sabah terutamanya parti DAP yang memfitnah kerajaan BN dahulu. Sebelum dan semasa kempen pilihanraya umum ke-14 yang lalu, kerajaan BN dikritik hebat kerana mahu membina kedua-dua projek ini. Kerajaan BN difitnah dan dihentam kerana kononnya tidak menghiraukan kepentingan alam sekitar dan penduduk yang terlibat walaupun mereka tahu bahawa projek ini bersifat strategik untuk negeri Sabah.

Parti DAPlah antara yang paling lantang membantah pembinaan empangan terutamanya sebuah empangan yang dicadang di kampung Tambutuon, Kota Belud yang boleh menyelesaikan masalah gangguan air, masalah gangguan elektrik, masalah kekurangan bekalan air yang kronik untuk pengairan kawasan jelapang padi utama Sabah yang terletak di Kota Belud serta masalah banjir akibat ketiadaan mekanisma mengawal aliran air semasa hujan.

Saya masih ingat Lim Kit Siang turun sendiri ke Kota Belud untuk membantah pembinaan empangan air tersebut. Pemimpin DAP Sabah pun terikut-ikut telunjuk Lim Kit Siang mengkritik projek empangan ini walaupun mereka tahu bahawa empangan ini akan menyelesaikan isu air yang membelenggu kawasan pantai barat utara Sabah sejak merdeka. Dengan ujudnya empangan itu, ia akan menjadi pemangkin utama kepada pembangunan pantai barat utara Sabah untuk 30 ke 50 tahun yang akan datang. Suara lantang DAP kini sudah hilang!

Sekarang kerajaan negeri Sabah telah membuat u-turn. Sekarang mereka mahu teruskan kedua-dua projek itu. Baguslah. Sekarang mereka mengatakan kedua-dua projek itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah. Kata mereka lagi projek ini adalah kritikal dan strategik untuk negeri Sabah. Yang peliknya itulah yang dikatakan oleh kerajaan BN dahulu.

Saya pasti sebelum PRU ke-14, Warisan dan PH tahu dan faham bahawa kedua-dua projek itu amat diperlukan dan memberi kepentingan strategik kepada rakyat dan negeri Sabah secara keseluruhannya. Persoalannya kenapa mereka sanggup mengutuk projek tersebut tetapi sekarang menyokong pula?

Jawapannya ialah mereka mahu meraih sokongan politik walaupun mereka tahu apa yang mereka kata itu tidak betul dan fitnah. Pendek kata mereka sanggup menipu dan berbohong.

Jadi bagaimana dengan projek-projek ini? Saya kira kerajaan negeri tidak ada pilihan lain selain dari meneruskan projek-projek ini kerana mereka tahu ini untuk kepentingan strategik jangka panjang untuk rakyat dan negeri Sabah.

Cuma tolong lakukan dua perkara dahulu.

Pertama, memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah kerana sebelum ini mereka telah berbohong dan memfitnah BN demi untuk mendapatkan sokongan politik murahan.

Kedua, berbincang secara terbuka dan telus dengan penduduk terlibat dan menawarkan pampasan yang setimpal dan terbaik kepada mereka terutamanya dalam projek pembinaan empangan air.

Kalau boleh saya bantu, ambillah contoh beberapa cadangan pampasan untuk sebuah empangan yang pernah dicadangkan di Kota Belud. Pada waktu itu, BN menawarkan pampasan yang setimpal dan terbaik untuk penduduk yang terlibat. Antara beberapa tawaran yang dicadangkan ialah:

1. Memberi tanah percuma kepada penduduk terlibat di kawasan yang lain yang lebih produktif dan subur. Kalau tanah mereka dulu mempunyai tanaman, kerajaan BN juga akan memberi pampasan berdasarkan nilai tanaman,

2. Membina infrastruktur awam termasuk jalanraya berturap, bangunan konkrit dewan masyarakat, sekolah dan gereja baru yang cantik termasuk kelengkapan keselesaan seperti Aircond, fasiliti memasak untuk komuniti dan sebagainya,

3. Memberi setiap keluarga terlibat sebuah rumah banglo konkrit di lokasi baru, siap dengan sistem pembentungan yang moden,

4. Memberi keutamaan kepada penduduk tempatan yang terkesan dalam hak menjalankan aktiviti perniagaan eko pelancongan bila proses pembinaan empangan itu bakal mengujudkan tasik baru. Mereka boleh berniaga dengan menyediakan perkhidmatanperkhemahan, memancing, aktiviti air seperti berkayak dan mandi, sukan air, menaiki bot dan lain-lain,

5. Mencadangkan idea kreatif iaitu menawarkan pemilikan saham dalam syarikat IPP (Independent Power Producer) atau syarikat penjana kuasa bebas yang bakal menjalankan operasi di empangan tersebut kepada persatuan penduduk kampung yang terlibat. Ini akan menjana pendapatan lumayan kepada penduduk terlibat untuk berpuluh-puluh tahun, selagi mana air sungai dan empangan masih ujud,

6. Menawarkan kadar bayaran bil elektrik kediaman yang jauh lebih murah kepada penduduk yang terlibat.

BN pada waktu itu turut menghantar rombongan pemimpin dari masyarakat terlibat serta pegawai-pegawai Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Kota Belud ke Kedah untuk meninjau kebaikan dan mempelajari kelemahan pembinaan empangan di sana terutamanya berkaitan dengan tawaran pampasan yang setimpal dan adil.

Saya berharap kerajaan negeri dapat memberi keadilan kepada penduduk yang terlibat melalui pampasan yang adil, munasabah dan kreatif. Tawarkanlah sesuatu atas dasar menang-menang kepada semua pihak.

Dan jangan lupa untuk minta maaf!

Sekian.

Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
Pemangku Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

28 Julai 2019
Kota Kinabalu.

—tamat—

Tags: #FitnahPakatan HarapanSabahStartegikUMNOWarisan
Previous Post

Prestasi Tabung Haji Masih Lembab

Next Post

Pelakon terkenal ditahan cederakan bekas tunang

Related Posts

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Kemenangan Cemerlang BN di DUN N.23 Chini

Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

ADVERTISEMENT

SERING DIBACA

  • Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    1083 shares
    Share 433 Tweet 271
  • Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; SJKC PALING CERDIK?

    1093 shares
    Share 456 Tweet 266
  • Penjualan asset dan Govt Spending – Najib Saari

    1108 shares
    Share 477 Tweet 263
  • PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING – SAMTTAR

    1106 shares
    Share 474 Tweet 263
  • Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

    1054 shares
    Share 422 Tweet 264

TERKINI

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020
Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Tuesday, Jul 7, 2020
Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Tuesday, Jul 7, 2020

Next Post
Pelakon terkenal ditahan cederakan bekas tunang

Pelakon terkenal ditahan cederakan bekas tunang

Tiga Bulan Ini Saja Pinjam RM30.5 Bilion,  Janji Kurangkan Hutang?

Tiga Bulan Ini Saja Pinjam RM30.5 Bilion, Janji Kurangkan Hutang?

#MaluApaBossKu

© 2020 KERIS MELAYU .

Navigate Site

  • About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 

Follow Us

  • Login
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO

© 2020 KERIS MELAYU .

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In