Sunday , September 22 2019
Home / :BLOG: / Dibawah RM1,900 se tan, Kempen Sayangi Sawitku Gagal

Dibawah RM1,900 se tan, Kempen Sayangi Sawitku Gagal

Kempen minum sesudu sawit dan Sayangi Sawitku PH telah gagal.

Iklan sawit Teresa Kok dan Mat Sabu (wah! kari kepala ikan ah?) tak mencapai matlamat.

Harga sawit terus menurun tahun 2019 ini.

Semalam, media Bloomberg melaporkan trend penurunan harga ini adalah paling teruk dalam sejarah.

Palm Oil Posts Its Longest Quarterly Slump on Record
https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-06-27/palm-oil-posts-longest-quarterly-slump-on-record-on-demand-woes

Dah di bawah RM1,900 setiap tan.

Apa lagi selepas ini?

Saranan rakyat minum satu sudu sawit sehari dinaikkan kepada satu cawan?

Teresa dan gengnya akan berlakon dalam lebih banyak iklan TV?

Apakah nasib ratusan ribu peneroka?

Kalau PH tak dapat pulihkan harga sawit, sekurang-kurangnya kembalikan bantuan kepada peneroka dan tunaikan janji manifesto untuk menghapuskan semua hutang peneroka.

Dah lebih setahun ini.

Loading...