No menu items!
More

    #MaluApaBossku – DAP puji MCKIP, sanjung kerja BN — Quek Tai Seong

    Kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berhubung projek Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) merupakan satu pengakuan terhadap pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) dan secara langsung juga mendedahkan fitnah-fitnah dan penghasutan yang digunakan Pakatan Harapan (PH) dalam kempen mereka semasa PRU14 dahulu

    Sebelum ini, projek MCKIP didakwa PH sebagai “menjual negara kepada China” dan juga didakwa tidak menguntungkan penduduk tempatan kerana hanya pekerja-pekerja dari China diambil bekerja di kilang-kilang berkenaan.

    Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah menegaskan bahawa “Tembok Besar China Kuantan” harus diroboh.

    Namun, setahun kemudian pertukaran pendirian kerajaan baharu boleh dilihat apabila Nga Kor Ming memuji potensi MCKIP sebagai perangsang ekonomi bagi negara yang telah membawa masuk pelaburan berjumlah RM12 bilion dan bakal mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dalam beberapa tahun lagi.

    Kesemua fakta ini pernah ditekankan oleh pemimpin-pemimpin BN dahulu, dan kami berterima kasih kepada beliau kerana memperakui keputusan dan pencapaian kerajaan BN.

    Justeru itu, kami mahu pemimpin-pemimpin PH memohon maaf atas fitnah dan penipuan yang ditabur semasa kempen PRU14 dalam usaha mereka untuk menjatuhkan imej BN dan menghasut kebencian rakyat terhadap kerajaan.

    Sebenarnya, projek MCKIP ini memang bermanfaat kepada negara dan juga merupakan sebahagian Inisiatif Belt and Road” (BRI) oleh China untuk menjadikan Malaysia amnya dan Pelabuhan Kuantan khususnya, sebuah hab logistik maritim di rantau Asia Tenggara, sekaligus meningkatkan pendapatan negara dan merangsangkan industri eksport negara.  

    Walaupun pusingan U kerajaan PH kali ini dialu-alukan kerana dibuat atas logik dan fakta, dan bukannya mengikut perasaan semata-mata, namun keyakinan pelabur telah terjejas, terutamanya dari China, ekoran kegagalan kerajaan PH menangani cabaran ekonomi yang telah menyebabkan terhakisnya keyakinan mereka terhadap kerajaan.

    Oleh itu, ia diharapkan bahawa PH akan mempelajari dari kesilapan mereka, dan tidak membuat janji-janji dengan sewenang-wenangnya tanpa mengendahkan padahnya.

    * Quek Tai Seong adalah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang merangkap Pengerusi MCA Indera Mahkota.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.