No menu items!
More

    DAKWAAN MALAYSIA BANKRAP SEKADAR SERANGAN POLITIK – NAJIB

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih. 

    Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik.

    Katanya, rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

    "Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta…kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan.

    "Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Isnin. 

    Najib yang baru-baru ini pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau ada bertemu dengan wakil agensi penarafan seperti Moody's dan juga Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde ketika di Lima, Peru.

    "Kalaulah kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody's, wakilnya di situ akan beritahu mereka melihat keadaan ini memang akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak melakukan sesuatu.  

    "Lagarde (juga) tidak membayangkan bahawa kita dalam keadaan krisis," kata beliau. 

    Pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di Peru minggu lepas, IMF menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah di luar kawalan.

    Lagarde menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu pengapungan mata wang sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan.

    Najib turut berkongsi perbualannya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump pada Ahad (27 November) yang menyifatkan Malaysia mempunyai ekonomi yang baik berikutan perkembangan ekonomi negara yang berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini. 

    Ketika ditanya sama ada prestasi ekonomi tidak menentu tahun depan dan selanjutnya akan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan mempengaruhi sentimen politik rakyat, Najib berkata apa yang berlaku pada ekonomi global adalah di luar kawalan. 

    Sebaliknya, beliau berkata kerajaan telah melakukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global selama ini.

    "Saya percaya rakyat akan faham bahawa hari ini apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat dan kita merupakan pihak yang boleh memenuhi harapan rakyat berbanding dengan alternatif yang ada," kata Perdana Menteri.

    Atas dasar itu, beliau berkata Barisan Nasional pernah memenangi pilihan raya pada zaman kemelesetan ekonomi serta menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lepas walaupun sesetengah pihak meramal akan kalah berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 

    Selain itu, BN juga menang besar pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak, katanya.

    Najib dalam pada itu berkata subsidi kerajaan juga dikekalkan antaranya untuk kesihatan dan pendidikan bagi menangani kos sara hidup rakyat.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Remaja maut kereta terhumban dalam gaung

    GERIK - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya terhumban ke dalam gaung di KM 58.4 Jalan...

    Basmi ideologi pengganas LTTE

    TATKALA negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera, kita dikejutkan dengan berita penahanan tujuh lelaki termasuk dua wakil rakyat masing-masing dari Negeri Sembilan dan...

    Polis tahan ‘Komisioner Polis’

    Gambar viral lelaki memakai ‘ves keselamatan’ dengan lambang polis serta pangkat CP di bahagian kiri dan kanan bahu ves. KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki...

    Kongres Maruah Melayu terkubur sebelum bertunas?

    Oleh AB JALIL BACKER KONGRES Maruah Melayu (KMM) yang berlangsung minggu lalu bermula dengan cara yang salah dan tampak akan berkubur sebelum sempat bertunas. Walaupun penganjur...

    Peguam Negara perlu telus dakwa pemimpin terlibat LTTE: Mufti Perlis

      IPOH - Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin yang disiasat terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam...

    Lelaki masukkan botol pewangi ketiak dalam kemaluan tunang direman

    SEORANG lelaki ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan...

    Parlimen: Hala tuju cadangan laksana semula GST

    07 Oktober 2019 11:39 PM KUALA LUMPUR 7 Okt. - Hala tuju kerajaan mengenai cadangan pelaksanaan semula sistem percukaian GST antara...

    Tun Mahathir boleh bersama BN, Pas jika betul-betul ikhlas

    Mohamad Hasan KUALA LUMPUR 7 Okt.- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional (BN), Pas...

    Mat Sabu, PH perlu akui telah gagal

    DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN KUALA LUMPUR 30 Sept. - Mohamad Sabu perlu menerima hakikat bahawa beliau didakwa telah gagal mengurus tadbir Kementerian Pertahanan dengan...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.