Bukti apa lagi yang rakyat mahu? Senario terkini bukti PH sedang bergolak

Dari rentetan kegawatan kredibiliti dan status integriti SPRM yang tercalar dari isu lantikan pesuruhjaya yang berlaku sehari sebelum Raya Eidul Fitri lalu masih menjadi tajuk perbualan hangat dimana-mana rumah terbuka dan majlis raya.Pelbagai pandangan dan tanggapan rakyat dibawah dalam soal lantikan ini.

AMBO lebih berminat melihat dari sudut yang berlainan..

Bukan dalam soal sokong atau tidak kepada lantikan Pesuruhjaya SPRM kerana antara dari kita sudah pasti ada hujah dan pandangan tersendiri.

Jika dilihat antara kepimpinan PAS dan UMNO juga berlaku pendirian berbeza tetapi AMBO berlapang dada dalam konsep “Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam beberapa perkara tetapi bukan perkara asas dan perkara yang melibatkan kerjasama atau konsensus kepada Perpaduan Ummah Islam Melayu.

Dalam bab perpaduan ini UMNO dan PAS tidak berbeda pendapat malah mereka mencapai konsesus bahawa “maha perlu” untuk gembelingkan satu kekuatan Bangsa Melayu yang beragama Islam demi menjadikan Islam Melayu itu kuasa yang seharusnya bertapak di Putrajaya.

AMBO lebih suka untuk berkongsi dengan para pembaca dalam sudut kecamukan dan kesatuan yang rapuh dalam Kerajaan PH. Jelas dan semakin nampak warna dan wajah sebenar antara parti-parti dalam PH.

Bagaimana ahli-ahli parlimen dari PKR secara lantang dan keras mengeluarkan kenyataan masing-masing menentang keputusan yang Mahathir buat dalam bab lantikan Pesuruhjaya SPRM dan terdahulu lantikan Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara.

Kecoh bab lantikan ini setelah Mahathir dilihat telah menculik seorang wanita besi PKR yang sebelum ini cukup vokal dalam menyuarakan pandangan dan menyerang musuh politik beliau seperti Rafizi dan beberapa pemimpin lain dalam PKR sendiri.

Lihat bagaimana nama-nama seperti Johari Abdul, Nik Nazmi , Abdullah Sani dan beberapa lain menentang perlantikan Latheefah Koya sebagai Pesuruhjaya SPRM.

Kenapa mereka beria-ria menolak lantikan ini sehingga sanggup menentang Perdana Menteri dalam pakatan mereka secara terbuka?

Apakah agenda Mahathir disebalik lantikan ini yang jelas Latheefah merupakan seorang bekas kepimpinan PKR yang baru sahaja meletakkan jawatan beliau dan datang dari kalangan pemimpin yang lantang menegur dan mengkritik Anwar dan calon Timbalan Presiden yang kalah yaitu Rafizi Ramli sehingga cabaran ke mahkamah dan sebagainya.

Mengukuhkan lagi fakta bahawa dalam PKR ini wujud 2 kumpulan yang bertelagah apabila Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berbeza nadanya apabila menyokong lantikan Latheefa Koya dan mempertahankan tindakan dan keputusan Mahathir.

Jika Timbalan Presiden tidak boleh bersetuju dalam satu isu apakah masih ada pihak mahu menafikan bahawa Kem Anwar dan Kem Azmin sememangnya wujud?

Dan Salah satu Kem dalam PKR ini merupakan penyokong Mahathir secara terang-terangan.

Apakah ini juga masih mampu dinafikan oleh pencacai PH bahawa Dalam PKR sendiri sedang membuat percaturan antara Anwar dan Mahathir di kerusi Perdana Menteri?

Seperkara lagi saya mahu kongsikan ialah keberkesanan “Select Commttee” Parlimen.Jawatankuasa Pilihan ini seharusnya menjadi kuasa tertinggi di Parlimen.

Sebenarnya “Select Committee” dalam isu lantikan-lantikan jawatan penting memang tidak berfungsi seperti yang dicadangkan sebaliknya hanya sebagai kosmetik atau “window dressing” sahaja.

Select Committee sepatutnya menjadi ”check & balance” kepada eksekutif di dalam perlantikan jawatan penting dalam kerajaan terutama yang melibatkan jawatan dalam agensi bebas seperti SPR,SPRM dan lain-lain. (Ayat ini saya ambil dari kenyataan akhbar DS Ismail Sabri Yaakob kepada Sin Chew dan Oreantal Daily)

Seperkara lagi yang amat penting dalam isu lantikan ini ialah ianya telah bertentangan dengan Akta SPRM yang menetapkan Pesuruhjaya SPRM mesti dari kalangan Kakitangan Kerajaan

Sekali lagi AMBO mahu ulang bahawa ini bukan soal sokongan kepada Mahathir atau Anwar tetapi soalnya tidak ada persefahaman dalam kerajaan DAP/PH.

Sebagai Perdana Menteri yang tidak memiliki banyak kerusi sentiasa mencari dan mencipta faktor dan talian hayat untuk terus berkuasa dan secara tidak langsung mengiakan bahawa tidak akan berlaku peralihan kuasa dalam PH seperti yang di gembar-gemburkan kepada rakyat sebelum PRU 14.

Tidak ada satu baris ayat dalam manifesto atau mana-mana dokumen yang menulis secara jelas konsensus atau perjanjian untuk berlakunya peralihan kuasa dari Mahathir kepada Anwar.

AMBO difahamkan (sumber pimpinan PKR) tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumentasi bahawa masa peralihan kuasa itu perlu berlaku. ”Tidak Ada”

Drama dalam episod ini makin jelas apabila Anwar pula seperti yang mudah dijangka menggunakan Ahli2 Parlimen PKR untuk bersuara lantang mempertikaikan kewibawaan Mahathir dan mendesak agar peralihan dipercepatkan dan dinyatakan dengan jelas waktu dan ketikanya.

Dalam pada itu Anwar dengan perwatakan kononnya sabar, akur dan warload dengan Kepimpinan Mahathir bak ”lontar batu sembunyi tangan” tatkala orang-orang PKR lain (orang suruhan Anwar) sedang membelasah Mahathir setiap waktu siang dan malam.

Apakah ini bukan bukti bahawa agenda peribadi dan ketamakkan kuasa masih berlegar antara kedua pemimpin dan parti-parti dalam PH..

Ditambah pula seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri memanggil beberapa pemimpin PKR yang lantang mengkritik Mahathir dengan panggilan ”Anjing.” Masih ada yang nak nafi?

Apa yang harus kita faham lagi ialah siapa yang mendapat laba dari perebutan kuasa antara kedua “Manusia” Melayu ini?

Sudah pasti DAP yang sehingga hari ini menjadi tulang belakang pemerintahan kerajaan DAP-PH yang berkuasa hari ini di Putrajaya.

Ini merupakan kemelut pemerintahan negara yang seharusnya menjadi perhatian seluruh rakyat agar mampu menilai apakah kita mahukan sebuah kerajaan yang hanya tahu soal kuasa dengan menafikan hak rakyat yang memilih mereka yang mahukan negara yang lebih baik dari zaman BN?

Apakah tekad rakyat dalam PRU14 lepas untuk memberikan mandat kepada PH untuk melihat lebih pembaharuan dan hari ini sudah bertukar kepada harapan kecewa yang sedang membinasakan negara jauh lebih buruk dari zaman BN?

AMBO yakin rakyat sedang menilai.

Benar umur dan tempoh masanya mereka memerintah baru setahun dan apakah rakyat rela dan sanggup untuk menunggu 10 tahun lagi untuk DAP-PH membina semula negara dalam acuan mereka?

Setahun ini sudah terlalu banyak perkara yang tidak pernah berlaku dalam kerajaan BN telah pun berlaku.

Puluhan tahun kerajaan BN menambah-baik dari masa ke masa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat pelbagai tahun tetapi Kerajaan DAP-PH dalam masa setahun menarik semua kemudahan dan keistimewaan yang pernah rakyat kecapi terutama bumiputera dan Melayu.

Apakah dasar “Membina Negara” kerajaan DAP-PH hari ini merupakan perlaksanaan dasar baru sebuah kerajaan yang bakal menjadi sebuah negara Republik dengan menghapuskan soal keistimewaan dan hak Islam Melayu dan sistem “Perajaan” yang ada di Malaysia?

AMBO tinggalkan persoalan itu untuk kita sama-sama fikirkan kebenarannya.

“Takkan Melayu Hilang di Dunia”
Tetapi apa maknanya jika Melayu ada di TANAH MELAYU tetapi menjadi mangsa dan bangsa yang merempat ditanah sendiri???

Bicara AMBO
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1282432861905318&id=370099843138629

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
Loading...