BSH vs BSN: Bila tikus mundok baiki labu

Sharelah post ni yang saya dan ratusan rakyat yang lalui di bank BSN. RM22 x 300,000 = ?. Rm10 simpanan dan RM12 servis buat kad. Satu janaan ekonomi baru buto2 dapat.

TIGA kali kami pergi ke Bank BSN Rawang untuk buka akaun atas nama saya. Sebab tahun ni tiba-tiba kerajaan masukkan duit Brim @ saraan hidup atas nama isteri.

Saya pergi dua hari sebelum raya. Dapat borang selepas beratur panjang dari jam 9.30 pagi dan sampai jam 12 tengahhari tunggu. Kata polis bantuan setiap orang akan dilayan dalam 20 minit. Saya tunggu 3 jam. Gagal kami pulang. Sebab yang tunggu hari tu sampai jam 3 petang pun tak dapat buka.

Orang ni saya jumpa semalam Jumaat. Kita raya Rabu. Dia kena isi borang baru. Saya, suami gi minta borang balik. Giliran 50 org lagi masa tu. Sib baik balik. Masa tu semua buat manual. Ambil borang dan tunggu nama dipanggil.

Kami datang balik Jumaat 7 Jun. Tunggu lagi dari pagi sampai jam 12.30 tengahhari sebelum tutup rehat untuk solat Jumaat dan buka jam 2.30 petang. Jam 4.14 petang baru akaun selesai. Kali ni guna angka giliran. Saya dpt no 50052.

Petang datang jam 2.45 ehhh2 dia org panggil manual balik semula. Nombor giliran semua tetera kat monitor. Dahlah bising nama tu sayup2 dengar. Nasib baik saya dpt kerusi duduk kat depan kaunter.

Okay kisahnya bukan fasal saya tapi fasal ibu-ibu yang bawa anak kecil. Tersadai di merata tempat. Bank bising gegak, hiruk pikuk dengan suara baby meraung, anak kecil kelaparan dan ibu yang berjam-jam dukung anak sambil badan bergoyang jadi buaian. Mungkin ibu tak bawa makanan sebab ingat cepat.

Ramai yang marah, saya nak tulis makihamun kan bunyi kasar. Sebabnya dua tiga kali menunggu macam kerja bodoh kata si isteri dan suami. Macam kena ena dera, pajam. Tu belum lagi sakit hati dan telinga duk dengar kutukan kerajaan kata Melayu pemalas, makan dedak dan asyik tunggu subsidi.

Anak pemimpin dipuji hebat dan mereka dapat kontrak Telekom 11 juta, duit tabung harapan ratus juta dan projek kroni billion dollar buka bandar Langkawi tapi rakyat dikeji sebab Brim.

Bukan orang Melayu jer yang lalui proses ni, Cina tua yang guna ejen sebab tak reti tulis dan cakap bahasa Melayu, India dan saya taktahulah di Sabah Sarawak tu ada tak pribumi dapat bende ni. Selepas dikeji kerajaan, nah ambik duit ni dgn proses yang sakit otak kena lalui prosesnya.

Duit Brim ni dulunya diberi dengan lapang dada oleh kerajaan yang dimpimpin oleh Umno, Mca, Mic dan lebih 10 parti komponen. Dikeji DEDAK oleh kerajaan yang dipilih oleh pemakan dedak.

Ada yang datang sejauh Bukit Beruntung tak balik raya sebab takde duit. Ibu ni semlman tak tidur sebab kerja di kedai 24 jam dan malam nanti kena kerja pula. Rata2 ibu ni dtg dari mana saja daerah kecil di Rawang yang takde bank BSN.

Saya dan ibu2 ni bukan saja marah dan sakit hati. Dahlah nok raya mcm kena selesaikan. Sistem baru ni mcm dibuat oleh orang cacat akal dan sangat dunggu. Kenapa masa update info dulu, tak minta akaun isteri.

Tu yang lebih 300,000 tak dapat duit tu. Bukan sesat addres tapi duit tu kononnya nok bagi kat isteri. Akhirnya suami isteri tak buat kerja. Tok laki dok teman, jadi drebar dan uruskan buka akaun, bini duk sebelah tunggu.

Takk heranlah semlm, tiba India badan besar ni tinggikan suara kat staf bank tu. Cian dua2 jadi mangsa. Staff bank terkincit dlm seluar kot sebab dari buka bank sampai jam 1 tak rehat. Sat2 lari ke mesin fotostat.

Nilah bila tikus mundok baiki labu. Hilang dah rasa syukur timbul pula maki hamun kat kerajaan. Menyusahkan rakyat. Ada yang cakap 14 hari bulan baru keluar surat dapat ko tidak dan cuba bygkan wanita di ceruk kampong, lagu mano dia nok gi bandar untuk buka BSN ni.

Oklah lepas 3 kali gi mari hingga terlepas ajakan anok nantu gi shopping baju raya, sebab dua hari terakhir jer diorg dapat curi masa nok bawa kami, saya gagal buka akaun, peti ais tertiba rosak dan habis barang basah raya buang ke tong sampah dan saya kepenatan. Akhirnya raya saya tahun ni ke laut jadinya.

Terimakasih Datuk Seri Najib Razak kerana ilhamkan Brim yang terpaksa diteruskan oleh kerajaan sekarang. Akhirnya saya dapat DEDAK. Tiga hari lepas raya yang kalu rezeki kita, tu tak ke mana ginya.

Facebook Katini Mohd Noor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=309845516571761&id=100026389463348

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
Loading...