Tuesday , September 17 2019
Home / :BLOG: / #Bossku Tidak Terima Dakwaan Anak Melayu Pemalas

#Bossku Tidak Terima Dakwaan Anak Melayu Pemalas

Pakatan Harapan hari ini menuduh orang Melayu pemalas.

Lihatlah di sekeliling kita.

Anak Melayu yang jadi penoreh getah bangun awal untuk menoreh.

Anak Melayu yang jadi nelayan ke laut pastikan cukup hasil laut untuk memenuhi permintaan di pasar.

Anak Melayu yang jadi guru-guru di sekolah, paling awal dan antara terakhir yang meninggalkan perkarangan sekolah.

Saya buka Facebook dan Instagram, saya lihat anak Melayu gigih berniaga online – jual kek ada, jual baju ada, promo kedai makan mereka pun ada.

Anak Melayu berusaha untuk mencari nafkah menyara keluarga.

Malah anak Melayu juga menyumbang kepada pembangunan negara.

Beribu anak Melayu terlibat dalam pembangunan projek infrastruktur mega – MRT misalnya.

Lihatlah syarikat GLC dan syarikat-syarikat terbesar di Malaysia.

Pengurusan kanan ramai anak Melayu.

Kita janganlah maki hina anak bangsa kita.

Mereka mungkin tidak senasib baik anak cucu dan kroni-kroni yang berbaris di Putrajaya kini.

Tetapi hasil titik peluh mereka, dapat juga membina rumah tangga dan mencari pendapatan.

Cukuplah dengan menghina anak bangsa.

Sebaliknya tanyalah diri, bagaimana kita boleh membantu anak bangsa kita maju setapak lagi.

Adakah kerajaan hari ini membuka peluang dan memberi ruang kepada anak bangsa kita berjaya?

Saya tinggalkan di sini untuk kawan-kawan Facebook saya beri jawapan kepada PH.

https://www.sinarharian.com.my/article/32817/BERITA/Nasional/Saya-tak-terima-tuduhan-Melayu-pemalas-kata-Najib

Loading...