Saturday , August 17 2019
Home / Najib Razak / #Bossku Tidak Rompak – Sah bayar RM6 Bilion dari RM19.4 Bilion awal Tahun 2019

#Bossku Tidak Rompak – Sah bayar RM6 Bilion dari RM19.4 Bilion awal Tahun 2019

Laporan PAC tentang wang bayaran balik GST membuktikan tiada rompakan seperti yang dibohong Lim Guan Eng.

Tapi ada penyokong DAP yang masih tak puas hati dan mendakwa kerajaan BN dahulu telah melanggar undang-undang dengan memasukkan kutipan GSt ke akaun yang salah dan selepas itu, wang ini telah disalahgunakan.

Ya, benar bahawa klausa 54 (2) Akta GST memerlukan semua kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST (Refunds trust fund).

Tetapi, klausa 54 (5) Akta GST juga membenarkan Menteri Kewangan (saya masa itu) mengarahkan untuk kutipan dimasukkan ke mana-mana akaun yang lain.

Oleh itu, saya membenarkan kutipan GST dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan kerajaan setelah dinasihat oleh penjawat awam dari kewangan Malaysia untuk tujuan pengurusan aliran tunai (cash flow management) memandangkan:

1) Praktis ini serupa dengan apa yang diamalkan oleh negara-negara lain untuk kutipan GST seperti di negara jiran Singapura; dan

2) Bayaran balik wang GST memerlukan masa kerana terdapat banyak dari tuntutan ini adalah tuntutan yang perlu disahkan. Ada juga ramai tuntutan adalah pemalsuan atau tidak layak dibayar.

Ini terbukti kerana mengikut laporan PAC hari ini, hanya RM1.45 bilion telah diluluskan untuk dibayar balik setakat 5 Jun 2018 (tahun lepas) selepas PRU14.

Malah setelah setahun pada 10 April 2019, hanya RM6.03 bilion dari RM19.4 bilion itu disahkan untuk dibayar.

Setakat akhir suku pertama tahun 2019, kerajaan PH hanya membayar balik RM3 bilion dari RM19.4 bilion itu.

Ini juga bermakna Guan Eng menipu bahawa semua RM19.4 bilion ini layak untuk dibayar dan kerajaan BN dahulu sudah rompak duit ini.

Laporan PAC juga mengesahkan bahawa tiada permintaan dari Jabatan Kastam untuk pindahan wang kepada Akaun bayaran balik GST telah ditolak oleh kerajaan BN dahulu.

Ini bermaksud, tiada undang-undang telah dilanggar oleh kerajaan BN dahulu.

Kedua-dua syor laporan PAC itu juga tidak menyeru kerajaan untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau jenayah ke atas isu GST ini.

PH tipu untuk menang.

Selepas menang PH terus menipu.

Tapi sekarang, kita nak tengok jika kerajaan PH akan mengambil apa-apa tindakan terhadap penipu bersiri bernama Lim Guan Eng itu.

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...