Saturday , August 17 2019
Home / :BLOG: / #Bossku tanya, tak ada ke yang nak bantah projek tambak laut?

#Bossku tanya, tak ada ke yang nak bantah projek tambak laut?

Dulu PH bantah projek penambakan laut Melaka Gateway (608 ekar) dan Forest City Johor (3,425 ekar).

Tapi selepas menang, kerajaan PH sedang mengusahakan projek penambakan laut yang jauh lebih besar.

Misalnya, kerajaan PH sedang meluluskan projek penambakan laut Pulau Pinang Selatan (4,500 ekar) di pulau yang kini sedang kuat dibantah oleh NGO-NGO dan rakyat tempatan.

Hari ini pula, media melaporkan bahawa kerajaan PH dalam perbincangan untuk dua projek pembinaan lapangan terbang di negeri Pulau Pinang.

Satu cadangan ialah untuk penambakan laut sebesar 5,000 hektar (12,400 ekar) di Seberang Perai.

Satu lagi pula ialah untuk mengambil beribu-ribu hektar tanah milik pesawah-pesawah tempatan.

Pemimpin-pemimpin PH yang dulu kuat bantah kini semua bisu. Ada yang terang-terang kuat menyokong projek-projek baru ini pula.

Facebook Najib Razak

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...