Tuesday , July 16 2019
Home / Najib Razak / #Bossku Sindir Azmin Ali, UK itu Ulu Kelang

#Bossku Sindir Azmin Ali, UK itu Ulu Kelang

Apabila Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah jual pelaburan mereka di Arab Saudi yang untung tiap-tiap tahun kepada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhta, dia bagi alasan:

“Kerana Khazanah mahu tumpukan perhatian mereka kepada pelaburan domestik.”

Tapi baru satu minggu dahulu, Khazanah umumkan mereka akan memperluaskan pelaburan mereka di Amerika Syarikat.

Sejak bila Amerika dianggap sebagai domestik?

Yang saya pernah dengar ialah UK itu bermaksud Ulu Klang. Tak pernah saya dengar USA itu maksud Gombak.

Kenapa pula Khazanah jual IHH Berhad yang disenaraikan di Malaysia itu kepada Jepun dengan harga RM8.4 bilion tahun lepas itu?

Azmin sudah lupa penjualan saham-saham CIMB (RM364 juta) dan Tenaga (RM1.05 bilion) milik Khazanah awal tahun itu?

IHH, CIMB dan Tenaga itu adalah syarikat asing ke?

Juga dilaporkan oleh media bahawa Khazanah sedang dalam rundingan untuk menjual syarikat UEM dan PLUS Berhad.

UEM Bhd dan PLUS Bhd itu syarikat negara mana?

Negara pasir berdengung ke?

Kenapa hampir semua Menteri-menteri PH mengamalkan dasar lidah bercabang?

Dorang sangka ianya sangat senang untuk menipu Rakyat ke atau Rakyat mudah lupa?

Kalau niat adalah untuk menjual aset-aset negara secara lambak, cakap sahaja.

Janganlah bagi alasan yang jelas membuktikan korang memang penipu dan pembohong.

Dua hari dahulu, syarikat Malakoff mengumumkan bahawa pembelian dengan harga cuma RM290 juta itu dari Khazanah akan menaikkan keuntungan mereka setiap tahun dengan serta-merta.

Contoh yang mereka beri ialah pembelian ini akan menaikkan keuntungan mereka untuk tahun kewangan 2018 sebanyak RM68.3 juta dari RM274.4 juta kepada RM342.7 juta.

13 Julai 2019: Pelaburan domestik jadi tumpuan Khazanah, kata Azmin
https://www.malaysiakini.com/news/483617

6 Jul 2019: Khazanah perluas pendedahan pelaburan di AS
https://www.malaysiakini.com/news/482678

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...