Home / :BLOG: / #Bossku Saman Sivil untuk LucutHak Harta UMNO

#Bossku Saman Sivil untuk LucutHak Harta UMNO

1. Mereka sita barang-barang dari rumah saya satu tahun dahulu.

Setelah satu tahun menyiasat mereka tak dapat buktikan barang sitaan itu adalah dari 1MDB.

Tempoh 1 tahun untuk sitaan di bawah undang-undang sudah tamat.

Tapi mereka tak mahu kembalikan dan tak dapat mendakwa kes jenayah tentang barang-barang ini.

Kalau dikembalikan maka nama Najib tentang barang-barang ini akan dibersihkan.

Oleh itu, mereka fail saman sivil untuk lucutharta ke atas saya supaya barang-barang tidak dikembalikan.

2. Mereka bekukan akaun-akaun bank UMNO satu tahun dahulu.

Setelah satu tahun menyiasat mereka tak dapat buktikan dana dalam akaun bank UMNO adalah dari 1MDB.

Malah disahkan di Mahkamah bahawa dana sebanyak RM304 juta adalah disumbang terus oleh Menteri Kewangan Arab Saudi ke akaun saya.

Cukup untuk menampung dana RM212 juta yang diberi dari akaun saya kepada UMNO.

Tempoh 1 tahun untuk pembekuan akaun di bawah undang-undang sudah tamat.

Tapi mereka masih tak mahu batalkan pembekuan ke atas akaun bank walaupun tak dapat mendakwa sebarang kes jenayah ke atas UMNO.

Kalau akaun bank UMNO dibenarkan untuk berfungsi maka UMNO akan lebih efektif sebagai parti pembangkang.

Oleh itu, mereka fail saman sivil untuk lucutharta ke atas UMNO supaya akaun bank parti UMNO terus dibeku.

Kita boleh lawan melalui proses Mahkamah tapi akan mengambil masa bertahun-tahun walaupun peluang kita menang adalah sangat tinggi.

Hakikatnya, barang-barang masih disita dan akaun bank UMNO terus dibeku untuk bertahun-tahun.

Adil atau tidak. Main kotor atau tidak.

Rakyat boleh menilai.

Loading...