Home / Najib Razak / #Bossku Sabotaj Dari Syarikat Perlombongan Pasir milik PH sendiri

#Bossku Sabotaj Dari Syarikat Perlombongan Pasir milik PH sendiri

Semalam saya tulis tentang jawapan yang diberi Menteri PH apabila ditanya kenapa gangguan bekalan air sering berlaku.

Masa itu, Menteri PH ini menjawab:

“Korang nak kita buat apa? Pencemaran bau adalah perkara biasa di Selangor”.

Saya juga tulis bahawa alasan yang sering digunakan oleh PH sebelum PRU14 adalah untuk berkali-kali menuduh BN yang sabotaj setiap kali berlakunya gangguan bekalan air di Selangor, namun tidak pernah dibuktikan sekalipun.

Mungkin dia terbaca tulisan saya dan dia teringat kot.

Tiba-tiba Menteri PH membuat laporan polis pagi ini dan mendakwa gangguan bekalan air beberapa hari ini yang melibatkan jutaan Rakyat mungkin disebabkan oleh sabotaj parti-parti tertentu.

Akhirnya terjawab juga bahawa pihak yang “sabotaj” sebenarnya adalah syarikat perlombongan pasir milik kerajaan PH sendiri.

Bermakna syarikat milik negeri PH yang sabotaj Menteri Air PH ini.

Namun, syarikat milik negeri PH ini pula mendakwa ada kemungkinan juga yang mereka sendiri disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Kesimpulannya ialah:

“Ada kemungkinan bahawa pihak-pihak tertentu telah sabotaj syarikat milik kerajaan PH yang didapati adalah pihak yang telah sabotaj Menteri air PH.”

Oleh itu, alasan PH telah bertukar.

Tidak lagi kerana pencemaran bau adalah perkara biasa di Selangor.

Loading...