Home / Najib Razak / #Bossku RM19B Letak Dalam Bilik, Boleh Kira Sehelai Demi Sehelai

#Bossku RM19B Letak Dalam Bilik, Boleh Kira Sehelai Demi Sehelai

Ada seorang yang kata nak tengok duit baru percaya wang GST tak hilang.

Saya cadangkan Guan Eng withdraw RM19.4 bilion dari akaun disatukan kerajaan dalam bentuk cash.

Letak dalam bilik di Putrajaya.

Bagi dia tengok dengan mata sendiri cash RM19.4 bilion itu.

Boleh sentuh. Boleh kira sehelai demi sehelai.

Baru dia percaya wang GST tak hilang dan tak dirompak.

Sila baca muka surat 350 dari Laporan PAC Wang tuntutan balik GST. (gambar)

Akauntan Negara memaklumkan kepada PAC bahawa duit GST dalam akaun disatukan memang cukup untuk bayar semua tuntutan RM19.4 bilion GST.

Ada dalam akaun bank. Cukup, katanya.

Cuma tak dipindahkan kepada Akaun GST kerana sasaran bajet defisit untuk tahun itu akan lari.

Lagipun tak ada keperluan membuat pindahan begitu kerana tuntutan GST yang disahkan boleh dibayar balik cuma RM1.5 bilion pada akhir bulan Mei 2019.

Setelah satu tahun menyiasat pun, tuntutan GST yang disahkan untuk dibayar balik masih hanya RM6 bilion dari RM19.4 bilion setakat bulan Jun 2019.

Yang telah ditolak pula adalah RM2 bilion.

Jika benar-benar semua RM19.4 bilion disahkan perlu dibayar, Kerajaan BN dahulu boleh ambil RM19.4 bilion dari PETRONAS.

Sasaran bajet defisit tak pecah pun.

PH boleh ambil RM82 bilion dari PETRONAS dengan alasan nak bayar balik GST.

Tapi kerajaan BN tak boleh ambil RM19.4 bilion JIKA benar-benar diperlukan ke?

Loading...