Home / :BLOG: / #Bossku Propaganda Pembohongan Sekian Lama

#Bossku Propaganda Pembohongan Sekian Lama

Saya tengok sahabat yang tuduh saya banyak menipu ini sudah parah terkena propaganda penipuan PH.

Biar saya jawab setiap dakwaan dia:

𝟭. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻.

Sahabat-sahabat boleh menilai sendiri:

– 1MDB telah memainkan peranan penting untuk selesaikan isu perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah pada 2012 yang akan menjimat RM400 bilion untuk kerajaan dan PETRONAS:

– 1MDB telah membina atau menaikkan taraf 8 pangkalan pertahanan di Malaysia termasuk Pangkalan Udara Sendayan:

– Projek Bandar Malaysia 1MDB bernilai RM140 bilion kini digelar oleh kerajaan PH sebagai projek yang “akan memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia dan berfungsi sebagai hab global bagi menarik lebih banyak firma kewangan, teknologi dan keusahawan global yang berimpak tinggi.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/555002/projek-bandar-malaysia-disambung-semula-pm

– Projek TRX 1MDB bernilai RM40 bilion kini digelar sebagai antara aset terbaik Malaysia oleh Guan Eng.
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

Strategik atau tidak?

𝟮. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄.

Ini adalah satu propaganda pembohongan PH sekian lama kerana saya tak pernah berkata demikian.

Kalau tak percaya, cuba cari link sumber berita sahih bahawa saya pernah berkata demikian.

Jika dapat cari, letak dalam ruang komen di bawah.

Saya juga pernah menjawab dalam parlimen pada tahun 2015 mengenai peranan Jho Low masa itu yang mewakili syarikat PetroSaudi milik putera ke-7 Raja Saudi Arabia:

Tambahan pula ialah sebelum saya menjadi PM dan Terengganu Investment Authority (TIA) diambil alih oleh kerajaan perseketuan dan dijenamakan semula sebagai 1MDB, Jho Low sudahpun dilantik sebagai penasihat TIA oleh pihak lain.

𝟯. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗠𝟮.𝟲 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮.

Ini juga satu lagi propaganda pembohongan PH sekian lama kerana saya tak pernah berkata demikian.

Kalau tak percaya, cuba cari link sumber berita sahih bahawa saya pernah berkata demikian.

Apa yang saya pernah kata ialah jika mahu mencuri pun takkan nak letak dalam akaun atas nama sendiri.

𝟰. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟰𝟮 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮.

Seperti didedahkan dalam mahkamah oleh seorang saksi yang pernah bertemu saya pada akhir tahun 2015 selepas beliau dilepaskan dari reman SPRM, saya terkejut apabila diberitahu ada kemungkinan bahawa sumber dana yang dimasukkan dalam akaun saya oleh pihak lain boleh dikesan akhirnya datang dari SRC.

Dana tersebut yang kini dalam perbicaraan ini juga didakwa dipindah kepada sebuah anak syarikat SRC dan disalurkan kepada sebuah syarikat swasta lain yang menjalankan projek-projek kebajikan (CSR) sebelum didakwa membayar kepada akaun saya.

Perlu ingat bahawa SRC tidak pernah memindah dana kepada saya secara terus dan bukan saya yang mengendali dan menguruskan akaun bank ini walaupun di atas nama saya.

𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘵𝘪𝘱𝘶 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳-𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳-𝘨𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳 𝘱𝘳𝘰𝘱𝘢𝘨𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘗𝘏.

𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘶𝘬𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘰𝘩𝘰𝘯𝘨.

Loading...