Home / :BLOG: / #Bossku PH Makin Hari Makin Mengarut

#Bossku PH Makin Hari Makin Mengarut

Masuk kawasan Azmin Ali hari ini. Min … ok lagi ke?

Tak jumpa pun tadi. Bertabah saje la.

Bercinta ini memang kisah berliku.

Cinta kepada rakyat ini jangan sehari kita abaikan.

UMNO tidak pernah sehari meninggalkan rakyat.

Hari ini saya bersama UMNO Gombak.

Semangat kami tetap tinggi kerana perjuangan kami hanya untuk rakyat.

Lihatlah apa yang berlaku kini. Semakin hari semakin mengarut kepimpinan PH hari ini.

Hutang kerajaan meningkat.

Peneroka Felda hari ini hidup susah.

Kebajikan rakyat tidak terpelihara.

Bantuan kerajaan kepada rakyat dikurangkan, dihapuskan.

Kroni demi kroni kembali di Putrajaya. Betul tak betul Azmin?

Aset negara yang BN kumpulkan dijual satu demi satu. Mengapa?

Harga barang yang tinggi semakin menghimpit kehidupan rakyat.

Cukup cukuplah dengan sembang dan drama, wahai Kerajaan PH.

Sampai bila, rakyat bertanya.

Loading...