Monday , August 26 2019
Home / :BLOG: / #Bossku Malaysia Milik Siapa, Kerajaan atau Pembangkang?

#Bossku Malaysia Milik Siapa, Kerajaan atau Pembangkang?

Tadi ada orang bisik kat saya.

“Datuk Seri tengok keliling. Siapa kerajaan siapa pembangkang?”

Katanya hadirin di rumah terbuka pemimpin UMNO lebih ramai dan meriah berbanding dulu, berbanding PH.

Betul juga. Tidak saya sangka.

Kami sambut secara sederhana sahaja, dengan hidangan biasa.

Banding pula dengan kemewahan sambutan pemimpin PH.

Malam tadi dengar rumah terbuka Ahli Parlimen Port Dickson pun meriah, siap TPM hadir lagi. Azmin Ali pergi ke tak saya tak tahu.

Apapun, saya gembira rakyat tetap datang beraya bersama kami.

Saya tahu rakyat sayang BN, rakyat sayang UMNO.

Di Pekan, di Rantau, hari ini di Parit Sulong.

Di setiap pelosok negara, saya yakin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri saudara-saudari.

Malaysia milik kita, milik rakyat.

Kita pertahankan dan bangunkan bersama.

Loading...