Thursday , September 19 2019
Home / :BLOG: / #Bossku Hendak Selesai Hutang Namun Bajet Defisit?

#Bossku Hendak Selesai Hutang Namun Bajet Defisit?

PM ke-7 kata dia nak selesaikan hutang negara sebelum melepaskan jawatan kepada PM ke-8.

Tapi saya tengok hutang terus negara telah naik RM100 bilion di bawah PH.

Bukan itu sahaja.

Saya baca rancangan Kemneterian Kewangan kerajaan PH adalah untuk meneruskan bajet defisit setiap tahun termasuk untuk tahun 2022.

Bajet defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan adalah lebih tinggi berbanding hasil.

Ini bermakna kerajaan PH akan terus meminjam untuk menampung defisit tahunan ini.

Maka hutang negara akan terus meningkat setiap tahun termasuk tahun terakhir untuk PRU15 iaitu tahun 2023.

Maksudnya peluang untuk hutang rasmi negara menurun adalah sangat tipis melainkan akan ada penjualan aset dan tanah negara pada skala besar-besaran termasuk menjual aset paling berharga negara iaitu PETRONAS.

Loading...