Monday , September 16 2019
Home / Najib Razak / #Bossku Fitnah dan Penipuan Mereka telah dibongkarkan

#Bossku Fitnah dan Penipuan Mereka telah dibongkarkan

Masih ingat tak bulan April lalu apabila kecoh satu Dewan Rakyat kerana usul nak gantung tugas saya sebagai Ahli Parlimen untuk 3 bulan kerana saya didakwa langar embargo (larangan mengeluarkan dokumen sebelum sampai masanya)?

Masa itu, PH nak fitnah saya kata saya telah tipu FELDA dengan pembelian syarikat sawit Indonesia dan menyebabkan kerugian berbilion-bilion.

Pengurus FELDA turut dipanggil untuk membuat laporan polis terhadap saya pagi itu.

Pada petang hari yang sama itu, saya memuatnaik sekerat dari kertas putih FELDA yang membuktikan wujudnya PUT OPTION untuk pembelian syarikat itu.

Saya juga menjelaskan dan membuktikan bahawa FELDA tak akan rugi apa-apa dalam pembelian ini.
Baca di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156000507265952/

Malah, sudah gerenti untung. Tengok untung lebih atau untung kurang sahaja.

Saya sayang FELDA yang dibina oleh Alyaraham Ayahanda saya. Mana mungkin saya nak tipu FELDA?

Lepas itu, kerajaan PH sangat marah.

Kerana fitnah dan pembohongan mereka telah dibongkar.

PH mengemukakan usul parlimen nak halang saya ke Dewan Rakyat untuk 3 bulan.

Siap berdebat satu jam lebih dalam Dewan tentang “kesalahan” saya.

Turut mengarahkan saya untuk berdepan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/langgar-embargo-najib-dibawa-ke-jawatankuasa-hak-dan-kebebasan-204175

Masa itu, “kesalahan saya” ialah memuatnaik satu kerat (setengah muka surat pun tak sampai) dari kertas putih yang dikeluarkan oleh kerajaan PH sendiri bagi membela diri dari fitnah kejam mereka bahawa saya tipu FELDA berbilion-bilion.

Itu je.

Tapi semalam, BERSIH juga dilaporkan telah melanggar embargo parlimen juga.

SELURUH buku laporan embargo dikeluarkan.

Bukan sekerat sahaja seperti kes saya.

Tapi apa reaksi kerajaan PH?

Krik.. krik… krik…

Tak seorang pun pemimpin PH mengeluarkan sepatah ayat tentang kesalahan BERSIH.

Loading...