Home / :BLOG: / #Bossku Dan Empat Chevrolet Kegunaan Kebajikan NGO

#Bossku Dan Empat Chevrolet Kegunaan Kebajikan NGO

Media barat dan PH pernah berkali-kali menuduh saya gunakan wang 1MDB untuk membeli kereta-kereta mewah.

Ini tidak betul.

Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC saya, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari putera Arab termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta (iaitu lebih dari jumlah RM270 juta yang dituntut oleh SPRM) yang didepositkan dalam akaun saya pada 2011 oleh kementerian kewangan Arab Saudi.
https://www.malaysiakini.com/news/474209

Selain syarikat Jakel, satu lagi nama dari senarai 41 entiti yang SPRM mahu lucut hak adalah syarikat Naza Quest Auto.

Seperti yang Naza Quest jelaskan, wang yang mereka terima adalah bayaran RM270,000 untuk 4 buah kendaraan ataupun purata harga RM67,500 sebuah kereta.

Ya, kereta “mewah” yang PH sering tuduh saya beli adalah kereta jenama Chevrolet berharga RM67,500.

Itupun bukan dibeli untuk saya tetapi digunakan oleh NGO tertentu untuk kerja kebajikan mereka.

Kerajaan PH amat pelik.

Naza dibayar kerana menjual kereta.

Tapi dituduh melakukan pengubahan wang haram pula.

Duit dari Najib untuk beli 4 Chevrolet, kata Naza

Loading...