Monday , September 23 2019
Home / Najib Razak / #Bossku Berganda 3 kali purata dari RM43 Bilion Tu!

#Bossku Berganda 3 kali purata dari RM43 Bilion Tu!

Dua minggu lalu, saya bongkar hutang terus negara dah cecah RM800 bilion.

Kerajaan PH membisu.

Penyokong PH pula kata saya bohong.

Sekarang, media The Edge juga sahkan..

Hutang terus dah cecah RM800 bilion.

Naik RM117 bilion kepada RM804 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017.

Bagaimanapun, The Edge memetik “sumber dalaman” dari kerajaan PH.

Lapor bahawa ini hanya keadaan sementara. Akan turun pada akhir tahun.

Kerana kerajaan sedang cari jalan untuk kurangkan.
(apa lagi? Jual aset negara dan jarah PETRONAS serta BNM lagi lah)

The Edge juga cuba pertahankan kerajaan.

Kata saya betul dengan dakwaan RM800 bilion itu kerana saya lebih faham hutang negara.

Kerana saya juga pernah menaikkan hutang negara.

Mereka kata hutang negara naik dari RM398.6 bilion dari akhir tahun 2008 sehingga tahun akhir bulan Mac tahun 2018.

Perlu dijelaskan bahawa kenaikan ini ialah dalam tempoh 9 1/4 tahun ataupun purata kenaikkan RM43 bilion setahun.

Defisit bajet juga turun untuk 8 tahun berturut-turut.

Tapi PH naikkan hutang negara RM117 bilion itu dalam masa begitu singkat sahaja. Defisit bajet juga jauh lebih tinggi.

RM117 billion itu hampir 3 kali ganda RM43 bilion purata masa BN.

Belum masuk lagi PH angkat RM82 bilion dari PETRONAS.

The Edge tak cerita ini pulak.

Tidak boleh dinafikan hutang naik masa saya PM.

Tapi.
– aset negara bertambah dengan jauh lebih tinggi,
– ekonomi terus berkembang pada kadar yang tinggi,
– kita sering dinaikkan penarafan kredit.
– bantuan rakyat bertambah setiap tahun,
– dividen-dividen tabung dan dana rakyat tinggi,
– pasaran saham menjadi paling tinggi dalam sejarah.

Kini, PH pula naikkan hutang dengan kadar jauh lebih pantas tapi:
– aset-aset negara dijual secara lambak,
– bantuan dipotong ekonomi merudum,
– Petronas dijarah, dividen-dividen tabung dan dana rakyat paling rendah dalam sejarah; dan
– negara sering diturunkan penarafan kredit. Petronas pun terkena.
– pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia.

Yang itu, The Edge tak lapor pulak?

https://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-what-rm800-bil-direct-government-debt-means

Loading...