Thursday , September 19 2019
Home / :BLOG: / #Bossku Amaran akibat Peruntukan Keselamatan Sabah dipotong

#Bossku Amaran akibat Peruntukan Keselamatan Sabah dipotong

Selepas belanjawan 2019 diumum oleh Menteri Kewayangan, BN telah memberi amaran bahawa potongan dalam bajet PH akan melemahkan keselamatan Sabah.

1. Bajet keselamatan maritim dipotong RM584 juta berbanding masa BN.

2. Bajet khusus kos operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dipotong 10%.

3. Bajet perolehan untuk “forward operating base” ESSCOM dimansuhkan sepenuhnya.

Baca:
Budgets cuts put Sabah at security risk
https://www.malaysiakini.com/news/452562

Pada bulan April 2019 pula, Amerika Syarikat menyenaraikan Sabah sebagai kawasan berisiko tinggi:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/04/11/us-govt-lists-eastern-sabah-as-one-of-35-areas-with-possible-risk-of-kidnapping/

Saya masih ingat pada tahun 2015, PH kuat mengecam kerajaan BN tentang isu keselamatan Sabah.

Mereka tuduh kita telah gagal apabila beberapa rakyat Malaysia telah diculik dari Sabah oleh pengganas.

Selepas itu, BN tambahkan lagi bajet ESSCOM untuk meningkatkan lagi keselamatan perairan Sabah.

Tapi bajet ini dimasukkan dalam bajet Pejabat Perdana Menteri.

Oleh kerana ramai tidak faham bahawa bajet untuk pelbagai agensi dan projek khas termasuk ESSCOM, FELDA dan 50 lagi agensi serta perbadanan yang lain adalah dimasukkan dalam peruntukan tahunan Pejabat Perdana Menteri (PMD), PH mengambil kesempatan untuk tuduh bajet PMD naik adalah bukti bahawa saya boros.

Seolah-olah kesemua bajet itu adalah untuk penggunaan saya.

Ramai rakyat yang tidak faham sistem peruntukan ini.

PH pun ambil kesempatan untuk tuduh saya.

Sekali lagi Rakyat tertipu oleh PH untuk maki saya.

Selepas ESSCOM diperkuatka, kes-kes penculikan Sabah telah jatuh untuk tahun-tahun sebelum PRU14.

Hari ini pula kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 10 nelayan Bajau Laut telah diculik di perairan Lahad Datu.

Ini berlaku selepas belanjawan keselamatan Sabah dipotong dan PH telah mengambil alih kerajaan.

Dulu yang kecam BN, bagaimana sekarang?

Nak marah PH pula tak?

Saya harap pihak berkuasa akan melakukan sebaik-baiknya untuk selesaikan kes penculikkan ini supaya kesemua mereka selamat pulang ke rumah.

Isu keselamatan, jangan main-main.

Kalau tidak rasa selamat, ekonomi tak berkembang kerana peniaga-peniaga takut untuk memulakan perniagaan baru.

Pelancong-pelancong pun tidak akan datang.

Rakyat pula tidak akan rasa selesa.

Impak kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah amat tinggi berbanding bajet yang diberi.

FB Najib Razak
https://m.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156150040250952/?type=3&source=48

Loading...